JaDi La PenGikutKu...

Wednesday, September 30, 2009

sory for terlewat

Salam...
N3 ni patutnya hari isnin lagi.. tapi dah tak leh buka, nak wat cam ne kan... n3 ni sebenarnya special to my lovely hubby....

on 27th September 2009, genaplah usia, hubby kesayangan ku 36 tahun.... a very hepy besday abang.. wish u, moga di beri kebahagiaan, kegembiaraan dan di berkati hendakNYA...

sory terlewat n3 special ni...

tak ada sambutan special pun, pagi tu aku goreng bihun kegemaran hubby ku.. tgh hari, mak sampai dari kuantan, aku buatkan nasi goreng special, kami makan ramai2..

sory for no present this year.. tak sempat beli la... tapi, yang pastinya, dalam hati ni hanya ada dirimu sayang... i love u so much!!!



~~ANIM~~
wish u were here...

Tuesday, September 29, 2009

citer raya...

Salam...
dah lepas citer sedih, nak gak citer perjalanan raya kami.... petang jumaat tu, kami bergerak pukul 6 petang.. jalan perlahan.. jam tapi bergerak gak la... belum sampai bentong, azan maghrib berkumandang.. kammi berbuka dalam kereta berbekal karipap yang mak buat, aku tolong goreng je... masuk je simpang bentong, jalan jam lagi... tetiba ada satu kereta memotong kami, yaya perhati kan kereta tu.. dan tetiba.. 'ma, baju raya kite mana??' tau sebab apa dia tanya? sbb dia nampak kereta orang tu ada sangkut baju kat dalam nya... aku pandang abang, abang pandang aku.. ADOI!!!!! baju raya tertinggal.. termenung aku seketika... abang tanya cam mana???

diam aku, dalam keadaan jam tu... aku ligat memerah kepala otak, nak patah balik ke tak nak.. frust tu.. baju dah tempah cantik2 sedondon, tinggal semua... last2 aku sms adik aku.. 'korang kat mana?'.. 'baru lepas tol gombak'... adoi.. aku tanya mak.. ' mak bole ke mak balik ngan adik, kitorang patah balik'.. 'bole'.. menkala dengar je mak cakap cam tu.. abang terus suruh call adik.. kite jumpa kat masjid ketari, kitorang nak patah balik, baju raya tertinggal, korang ambik mak bawak balik ye... 'ok' pantas adikku menjawab..

kejap tu anak buah aku call lak... ' mami kat mana dah?'.. kat bentong, kenapa??'.. 'mama pesan, parking kat luar, rumput panjang'.. ' tak de, mami nak patah balik, baju raya tertinggal'.. aku dengar sebelah sana mula gelak besar.. ' kau gelak la, esok aku sampai siap kau, aku cili kau'.. huh garang giler aku masa tu.. heheh...bengang tau!!

kul 8 lebih adikku sampai di masjid ketari.. angkut barang masuk keta adik aku.. syafi pulak ngamuk, mak ikut adik.. adoi.. perjalanan balik KL tak jam.. tapi, tensen ngan raungan syafi... last2 terepaksa aku membuat satu keputusan, adik, kite makan aiskrim ye.. baru la diam.. singgah di genting, beli aiskrim... sampai kat umah lebih kurang 9 lebih, abg krol tepon, ajak konvoi malam tu gak, kul 12 malam... lepas ambik baju letak dalam keta siap2.. aku lepak, tetiba abang kata, bole la, konvoi ngan abg krol...

so, pukul 12 malam kami memulakan perjalanan.. belum sampai sri gombak lag, Ya Allah!! melekat tu, byk nye keta... adoi... perjalanan yang sepatutnya setengah jam untuk sampai genting jadi 2 setengah jam.. kami singgah di genting, keta dah panas.. adoi.... lebih kurang kul 3.30 baru kami geerak dari genting sampai ke bentong dekat kul 5, kejut anak2 semua, kami bersahur, dangan bekalan yang dah di tapau di genting tadi..

5.30 gerak ke raub.. abang dah ngantuk giler.. terus bernti di masjid raub, subuh.. abang tido sekejap, kul 7 lebih kami bergerak ke koyan..
adoiiii.. pengalaman, perjalanan KL-KOYAN sepatutnya 2 jam setengah jadi 8 jam.. penat woooo...... tapi, syukur, kami berjaya sampai dengan selamat dan jayanya....




~~ANIM~~
wish u were here...

Citer Sedih

Salam semua..
masih dalam mood raya?? mood raya kena ada, keje tetap keje.. berziarahlah lepas keje...

byk nak citer pasal raya tahun ni, tapi dulukan citer sedih ni dulu... aku beraya di sg koyan, dan raya ke3 pepagi lagi aku bergegas pulang ke KL untuk beraya bersama mertua pulak... hari khamis, subuh2 alam lagi aku mendapat panggilan, kakak kepada ayah mertuaku a.k.a mak uda kami telah kembali kerahmatullah di Muar.. kami terus bersiap, pulang ke Muar, syukur, kami sempat melihat jenazah.. aku agak rapat juga dengan mak uda, walau sesekali berejumpa, maklum, aku menantu sulung ayah, sume menanti menantu sulung ayah... moga roh mak uda di tempatkan di kalangan mereka yang beriman..

perjalanan ke KL kami singgah di Meerlimau, menziarah kak Jue (kakakk iparku) yang berdua beranak je menyambut raya hari tu.. singgah sekejap, membuat hati kak Jue sayu.. danial, anak buahku pun merungut, sekejap je mama datang.. so, aku pun menabur janji, nanti mama datang lagi ye sayang..

hari jumaat pagi, kami mendapat sms dari adik ku.. ' kami terpaksa pulang semula ke JB, mak kena heart attack, dan sekarang mak tak stabil'.. berdetak sebak hatiku.. mak mertua adikku, juga agak rapat denganku,. dia seorang mak yang lembut dan baik, baik sesangat... sebenarnya adik ku baru sahaja sampai dari johor malamnya.. sudah janji Allah... aku sentiasa bersms ngan adikku, memberi kata semangat, aku tak call dia sebab dia kata dia tak mampu bercakap lagi... kesian adikku.. aku teringat abah, yang lumpuh, selama ni di jaga oleh mak... apa la akan jadi, kalau mak di jemput dahulu..

sepanjang hari aku sentiasa sms adik, bertanya perkembangan mak (mak mertua adik, yang aku panggil mak juga).. doktor kata harapan tipis, semua bahagian dalam tak berfungsi lagi.. aku sedekahkan yaasin buat mak, berdoa pada Allah, andai mak disembuhkan, sembuhkanlah dia, andai itu pengakhirannya, permudahkanlah dia... jam 6.30 ptg, kami mendapat sms.. Mak telah kembali ke rahmatullah... Innalillahhiwainnailaihiro
jiun... moga mak tenang di sana, di tempatkan dikalangan kekasih2 Allah... Alfatihah...


~~ANIM~~
wish u were here...

Friday, September 18, 2009

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri...

buat semua yang menatap dan membaca, tak ramai pun kan??? tapi tak pe la, saya ingin memohon maaf zahir batin, buat semua kenkawan... kalau di sini byk yang tidak terlalu kenal, tapi, kenkawan lain yang memabaca blog ini, kite manusia biasa, yang tak lepas dari melakukan kesilapan...

tiada yang sempurna, melain kan DIA...
hubby saya selalu cakap, practices make perfect, but nobody perfect, so, why must practices... hehe.. dan kerana ketidaksempurnaan itulah, kite kena sentiasa berjaga2... tutur kata, perlakuan, dan segala2 yang menjadi perhatian orang lain, yang mungkin bole mengguris hati dan perasaan orang...

so, maafkan saya... selamat menyambuat aidilfitri.. moga kemaafan yang di pinta dan dihulur, mengandungi keikhlasan dan di terima Allah untuk dihitung... AMIN...

~~ANIM~~
wish u were here...

Thursday, September 17, 2009

KAMPUNG....

Salam 27 Ramadhan...

Kite semakin hampir dangan lebaran, aidilfitri.. semua sibuk bermaafan, sebelum bercuti... dan yang ada kampung halaman, pastii sibuk bersiap nak balik kampung kan.. bestnyerrr.....

semuanya berasal dari kampung... Kl ni dulu pun kampung gak... so, orang yg asalnya di Kl ni asala kampung lah gak.. hehe, jgn mare ye semua orang2 KL..

aku ada kampung halaman.. tempat aku dibesarkan, setuju, aku tak dilahirkan di kampung tu, tapi sebaik habis pantang mak aku kembali ke kampung tu dan sedari kecil aku di sana, hinggalah tamat pengajian menengah ku... dan berbekal SPM pangkat 3 aku bergegas mencari keje di KL ni.. bandar yang cukup besar..

seronok di KL, ada seorang kawan sedari kecil, masa form 4 dapat keluar bersekolah di KL, terus lupakan aku, sampai sekarang tak mahu bertregur sapa ngan aku, maklum, dia bersekolah asrama, aku bersekolah kampung.. tapi teteap best gilerrr....

dari kerje kilang, aku kembali kekampung menjadi guru sekolah tadika islam, di depan rumah ku.. sambil tu, aku mencari kerja dalam suratkhabar.. dan rezeki itu telah dijanjikan Allah, aku mendapat kerja sebagai PEMBANTU PERPUSTAKAAN di UIAM...

di sinilah aku bertemu jodoh dengan suami tercinta, orang KL... yang dari kecil sehingga sekarang, KL lah kampung nya...

back to n3 title... Kampung aku, dulu ramai, tapi, semakin ramai orang tua yang di jemput Ilahi, dan anak2 pula ramai yang keluar kota mencari rezeki, sesekali balik, sunyi juga... tapi, ada gak kenkawan ku yang menetap di sana, sebagai generasi ke2, atau pelapis peneroka felda.. ye, aku dibesarkan di perkampungan FELDA SUNGAI KOYAN, Raub, Pahang....

setelah bapak pergi mengadap Ilahi, setahun kemudian aku berkahwin, disebabkan mak yang sakit tak siapa menjaaga, kami nekad, bawa mak berhijrah ke KL... dan dari situ, mak mula tinggal di KL.. sampai sekarang, menetap ngan aku di rumah kotak ku... ALHAMDULILLAH...

Kampung.. walaupun kite dah bahagia, dan berharta kat KL ni, tapi kampung ada value tersendiri.. dan kampung itu sering kurindu... ingin sesekali balik ke kampung berlama2 di sana, tapi, aku ada tanggungjawab dii sini... dan aku harus akur dengan ketentuan ALLAH... mungkin aku akan di sini hingga aku dijemput DIA... siapa tahu...

kampung... memang kampung aku tak la macam kampung2 lain, sebab bukan rumah sebuah2 jauh2 tu... kami kampung terancang, tapi, tetap kampung.. dari kecil tak tahu apa2.. sampai la aku tahu segala, cuma tak pandai dan tak dapat belajar tinggi je.. tapi aku tahu baca, ngira, dan aku tahu baik dan buruk sesuatu perkara...

aku pun rindu, raya ni aku akan balik kampungku... sg koyan.. tunggu kepulangan anak kampung ini.. walau seketika, aku tetap mahu menghidu udara mu..... aku rindu kan kampungku.... dan yang pasti, dah lama aku tak ziarah kubur bapak, walau aku sering sedekah ayat2 Allah utknye, tapi tak sama kan???...

~~ANIM~~
wish u were here...

Tuesday, September 15, 2009

Bz vs tak de mood...

Salam...
n3.. memang betul..
aku tak berapa ada mood untuk menaip, bermacam masalah mengganggu fikiran..
sampai akhirnya, aku di landa migrain, sampai kena mc... aku pun tak tau kenapa la sampai mengganggu fikiran aku...

bz.. memang bz giler... nak cuti raya ni kan..
so, sume lecturer sibuk mengisi borang... sume nak cuti raya sibuk la aku mencari baki cuti dorang.. update cuti2 dorang...

tgh2 taip ni dapat pulak berita yang membingungkan lagi.. aduhhhh!!! hilang la mood nak bercerita... awas, belum ada mood raya ye, sebab keje yang melambak atas meja ni...

~~ANIM~~
wish u were here...