JaDi La PenGikutKu...

Wednesday, June 9, 2010

apa2 je la...

Salam..
2 hari aku course... Excellent Customer Experience... best, memang best... instructor dia cukup happening, tapi, apa yang nak disampaikan dpaat diterima oleh aku, kenkawan pun ok rasanya.. dan dapat lagi menambah kenkawan.. walaupun kami ni satu UIA, tapi, kekadang tu cuma kenal rupa tak tau nama, cuma berbalas senyum, bile sesama course baru lah berbual mesra gitu.... sebenarnya aku nak share something yang aku dapat dari seorang kawan,.. dah lama dah dapat tapi asyik telupa... so.. sama2 kite renungkan ye...

PETUA MELAYAN ISTERI..

1. Sentiasa berdoa agar disayangi.

2. Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.

3. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.

4. Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri.

5. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.

6. Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.

7. Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah.

8. Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala.

9. Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya).

10. Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.

11. Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.

12. Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.

13. Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.

14. Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen.

15. Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang.

16. Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.

17. Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya.

18. Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.

19. Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur.

20. Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.

21. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin memberitahu "AKU CINTA PADAMU ".

22. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.

23. Tolong kemaskan katil atau bilik tidur.

24. Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.

25. Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.

26. Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.

27. Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala. 2

7. Sentiasa lakukan ibadah bersama.

28. Jika keluar daerah,telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu anda sudah selamat sampai.

29. Sentiasa kemas dan wangi sebelum tidur bersama.

30. Urut belakang isteri sekali sekala.

31. Peluk dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual.

32. Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.

33. Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan.

34. Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan.

35. Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala.

36. Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.

37. Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di kalayak ramai.

38. Lebihkan isteri daripada anak-anak.

39. Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana dia memanjakan anda.

40. Seeloknya masuk tidur serentak.

41. Belai isteri sebelum pergi kerja.

42. Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan.

43. Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.

44. Lakukan riadah bersama isteri.

45. Pergi berkelah sekali sekala.

46. Tolong cuci atau jemur pakaian sekali sekala.

Syukur, Alhamdulilah, aku mendapat suami yang terlalu baik,... Thanks abang.. i love u so much!!

~~ANIM~~wish u were here...

Friday, June 4, 2010

11 tahun...

Salam..

LAma tak mengarang, tak menaip kat dalam ni...

2 hari lepas, rabu - 2 jun 2010.. cukup 11 tahun aku dinikahkan, 11 tahun aku jadi suri hidup Shahrul Zaman... Alhamdulillah, aku bersyukur dengan kurniaan Allah ini.. suami yang baik, dan terlalu menyayangi ku.. dan syukur, 11 tahun ini, kamii dikurniakan 3 orang cahaya mata yang cukup membahagiakan kami...

kakak ira dah pun 10 tahun, darjah 4... walau kekadang perangai nya cukup menguji iman dan kesabaran, tapi, aku terpikir, mungkin itu permulaan umurnya meningkat remaja... YA Allah, kau berkati lah hidup anak perempuanku yang seorang ini, penuhi la hatinya dengan iman, agar dia dapat menempuh alam remaja dengan berkat Mu... dalam limpahan rahmatMu.. dang pedoman dari MU...

abang zahir 8 tahun, syukur pelajaran nya tak membimbangkan hati ini... tapi kekadang, sikap diamnya buat hati iini rasa bimbang juga.. mungkin ikut cara ayahnya, lebih suka berdiam kalau ada apa2...

adik syafi... nakal dan cukup teruja, karenah nya sukar dijangka, mengamuk kalau tak ikut kehendak, kalau nak dikata, aku manjakan, tak pula aku menurut setiap permintaan.. tapi, agaknya roman anak bongsu... bongsu ke?? hehe.. aku masih mengharap, Allah beri rezeki kesihatan yang baik, agar aku dapat menambah umat MUhammad lagi... untuk menegak kan ISlam...

11 tahun kami lalui, tipulah kalau aku kata, aku tak pernah dilambung ombak, tapi, itulah lumrah berumahtangga... mengalah dan beralah bukan kalah.. dan hakikatnya aku bahagia, walau keluarga ku ini kecil, syukur Alhamdulillah dengan setiap kurniaanNYA..

Ya Allah, kau satukan lah hati kami, berkati lah hidup kami, perjuangan kami dalam mendidik anak2 kami mencari keberkatan MU.. Ya Allah, aku bermohon, kau kekalkan hubungan kami hingga akhirat.. sesungguhnya, jodoh yang kau beri ini adalah yang terbaik buat ku, dan aku mahu dia terus disisi aku sehingga ke hari Akhirat nanti... Ya Allah, berilah rezeki dan limpahan rahmat Mu dalam kehidupan kami, agar kami dapat bahagia bersama di Syurga Mu kelak.. Ya Allah, kami masih perlu petunjuk dalam kehidupan ini, untuk melalui kehidupan dunia sementara ini, aku mohon padaMU YA Allah, kuatkan lah iman di hati kami, dan tabahkanlah hati kami dalam menempuh setiap ujian dari Mu, yakinkanlah hati kami, setiap ujian yang datang adalah tanda kasih sayang Mu Ya Allah.. aku bermohon hanya pada MU YA ALLAH.. AMin ya Rabbal Alaminn...


~~ANIM~~wish u were here...