JaDi La PenGikutKu...

Wednesday, March 2, 2011

Assalamualaikum...

Salam or Assalam..


Kelas Tilawah pagi Jumaat lepas, aku dapat sesuatu yang sungguh meyakinkan...


untuk membetulkan apa yang pernah aku tulis, dan pernah aku sampaikan satu ketika hari itu... berkenaan perkataan 'salam', 'assalam' dan assalamualaikum...


rasa terpanggil untuk membetulkan sume tu.. tapi, kesibukkan yang melanda...


pada mulanya, aku pelik, bile dorang tulis, salam tu bukan makna yang baik.. sedangkan orang2 arab di keliling ku sering mengucapkan perkataan itu bile bertemu sesama dorang.. hmmm...


salam maknanya SELAMAT.... Assalam juga maknanya SELAMAT... ini semua agenda YAHUDI.... ada satu kisah di zaman Nabi, bile semua orang memberi salam, Assalamualaikum yang membawa maksud, Selamat Sejahtera Ke atas kamu, dan Yahudi yang cukup pandai untuk memporak perandakan orang2 islam, dan tak mahu orang islam terus mendoakan kesejahteraan sesama islam, menukar dari perkataan Assalamualaikum, kepada perkataan ASSAMUALAIKUM yang membawa maksud.. siallah kamu... so, yang kite tak bole gunakan ialah.. 'semekom', 'assemekom', 'askum'... dan yang bukan2...


kata Ustaz Abdullah Bukhari lagi, bukan susah pun kite nak sebut Assalamualaikum.. bunyi nya pun sedap je... kan lebih baik kite terus mendoakan sesama islam dengan satu perkataan itu sahaja...

sesungguhnya, Yahudi ni, memang agenda nya nak membunuh dan memporak perandakan ISLAM.. mereka takut sangat kalau orang ISLAM yang ramai ni, kuat dan BERIMAN, Bersatu, mereka akan kalah.. dan semua ni salah satu agenda yahudi.. kan ke kalau kite tak sebut perkataan tu dengan betul kite dah mendoakan kecelakaan rakan2 islam kite...


yang baik, datang dari Allah, dan yang buruk datang dari aku jua...


Wassalam...




~~ANIM~~wish u were here...