JaDi La PenGikutKu...

Friday, June 29, 2012

Quality With A Soul

Salam...

Semalam tempat keje aku ada kan majlis ini... untuk mengiktiraf kakitangan yang berkualiti dan memberi semangat pada mereka yang belum terpilih....



Tema tahun in... sejak Rector seorang wanita ini.. setiapnya kena ngan jiwa....


Department aku join Exhibition.. kami ambil satu booth.. walau aku bukan komiti... tapi, pada hari kejadian, aku sama2 sibuk melobi untuk booth aku.. untuk pengetahuan semua.. ada pertandingan booth terbaik, booth bermaklumat, booth paling popular dan booth apa ntah satu lagi... tengok lah cantik kan.. mana taknya.. boss perempuan, dalam opis aku lak, sume perempuan... so, hiasannya memang nampak kewanitaannya... kan??



Yey!!! akhirnya, sebelum bermula program Hari quality sebenar di dalam dewan, booth kami dah diumukan menang sebagai booth bermaklumat dan booth terbaik.. seronok betul kenkawan aku.. aku pun tumpang la seronok, sebab nama department aku tu di umumkan.... Alhamdulillah...




ada dua orang staff department aku yang mendapat anugerah pekerja cemerlang, Kak Shamsinar untuk kategori admin kumpulan eksekutif, dan Hj Fuad untuk kategori teknikal kumpulan sokongan.... Alhamdulillah....



a.k.a ~~ Choices, Chances, Changes.. You must make a Choice to take a Chance or your life will never Changes...

~~ANIM~~ wish u were here...

Segmen : Bloglist Julai Pecinta Pink

Salam..

Saya dapat invitation... petang ni baru bole buka internet... server kat sini problem selepas sambutan hari Quality semalam...

 
 jom la join... klik...

 saya dah ikut syarat pertama, follow blog ni...

then, blog pilihan saya... banyak... salah satu, Blog sifu saya, Hasrul Hassan... dan semua kawan2 blogger yang saya follow...

dulu, saya juga pecinta warna pink.. sekarang, pink masih antara warna kegemaran.. sebab umur pun dah meningkat, macam segan lak kalau pink sangat... tapi, pink memang warna yang lembut, sedap mata memandang...

dan header pecinta pink ni, comel.....


~~ANIM~~ wish u were here...

Thursday, June 28, 2012

Segmen BLOGLIST by AFIQAH KAMAL

Salam...

nak terus menjoin segmen... segmen ni dari Afiqah Kamal...

jom..

 
 nak join klik sini...

satu lagi segmen yang very the simple... hehehe... tempek, pastu linkkan... senang kan??

ok... moga ukhuwah terjalin di samping dapat menambah follower dan kenalan...


~~ANIM~~ wish u were here...

Wednesday, June 27, 2012

Segmen : nak kenal2 dari my sifu....

Salam...

segmen dari my sifu, Hasrul Hassan, mesti la kena join kan.. (ayat bodek baik punya.)...

aku banyak belajar dari blog ni... cara2 nak memikat follower dan nak mencari pengikut setia....

blog aku ni banyak berkisar pasal kehidupan aku, family dan persekitaran aku... ada gak kekadang aku share ilmu2 yang aku dapat dari kelas tilawah dan kelas arab yang aku join...

kekadang selalu update blog ni, tapi, kalau bz menyerang kehidupan harian aku, maka berbulan lah blog aku dojk diam menyepi sampai berabuk, membuatkan aku sedikit tensen...

bukan tak ada laptop kat umah.. tapi, ye lah, laptop my hubby, dia sibuk nak edit gambar, tapi, bukanlah dia tak bagi aku guna cuma kekadang, bile dah siap urusan2 rumah tangga, dah tak larat nak menekan button2 huruf di laptop untuk membuka cerita di blog kesayangan aku ni...

tapi, memang hobi aku, untuk release tgh sibuk2 ngan kerja, blogwalking.. baca ilmu2 terbaru atau citer2 terbaru dari kawan.. tapi, kekadang jadi silent reader je la.... hehehe.. ok kan???


a.k.a ~~ i might not be the most important person in your life, i just hope that when you see my name then you smile and say that's my friend.. -- nampak ada entry baru mesti nak buka.... 


~~ANIM~~ wish u were here...

Segmen : Bloglist Julai 2012 NASZ

Salam...

hari ni adalah hari join segmen sedunia... hehehe...

 
 jom join.. last malam ni kul 10 malam... klik sini..


soklan yang perlu di jawab... "Mengapa saya suka terjah dan baca blog Nasz?"

teruja nak menjawabnya... sebab nak berkata secara jujur...
- saya baru je jadi follower blog ni... tapi, saya sempat tgk 2 3 entry... so, blog ni bole la saya jadi kan antara blog untuk mendapat idea untuk terus berblog... kire cam jadi inspirasi la... bole kan??? bole la...saya budak baru belajar...

terima kasih,..


~~ANIM~~ wish u were here...

Segmen :Jom Tambah Follower Blog by Mizz Wenn

Salam...

lama tak update blog... bz sangat... tapi, hari nak release gak.. nak join segmen2 yang masih boleh join...


nak join klik sini...

memang very the simple segmen.... jom la join.. bole tambah kenalan...

harap2... dapat la menambah follower dan kenalan di blog...



a.k.a ~~ janganlah kita memandang rendah erti persahabatan kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa sahabat....


~~ANIM~~ wish u were here...

Tuesday, June 19, 2012

Tazkirah Keselamatan dan Tunjuk perasaan...

Salam...

entry tu ada lah terjemahan dari Safety Talk and Demonstration.... hehehe.... jgn salah faham ye....

 dengan best fren depan keta bomba.. (nak naik sebenarnya tapi, malu...)

tu gambar selepas tunjuk perasaan heheh.. demo la... kenkawan je yang gi cuba guna pemadam api tu, aku tak pun.. tengok je dari jauh....

last week, hari khamis bersamaan 14 jun 2012, opis aku ada kan majlis ni, untuk semua staff admin, technical dan academic.. lebih kurang cam awareness la...

aku salah seorang committee untuk Safety and Health opis aku... so, pada hari tu, aku salah seorang yang ke sana ke mari, untuk merealisasi kan majlis dengan jayanya...

aku tak cuba pemadam api tu, sebab.... walaupun aku committee.. aku nak lari selamatkan diri aku je.. hehe.. bole??

sebenarnya aku tak larat nak angkat pemadam api tu, sakit pinggang, apakan daya aku... tapi.. program tu betul2 bagi banyak ilmu buat kami semua... dari segi keselamatan di dalam rumah hinggalah ke pejabat dan persekitaran kite...

Alhamdulillah.. program itu berjalan lancar dengan kehadiran pegawai2 bomba dan abang2 bomba yang berwibawa....


a.k.a ~~ Don't be afraid to change, you may lose something good, but you may gain something even better....


~~ANIM~~ wish u were here...

Monday, June 18, 2012

tingkat Followers dan Trafik Blog - JejariRuncing

Salam...

sedang2 melayan blogwalking, dok baca entry2 weekend my sifu.... bile refresh ada update tebaru.. segmen baru, dari seorang blogger yang follower nya sudah pun mencecah 5 angka.. WOW!!!!

so, rasa nak ler menjoinkan diri.... ini ler dia header blog JejariRuncing....






bile tgk blog jejariruncing ni... fuh... mantop... yang bestnyer... blogger dah cukup berjaya tapi, terus nak membantu blogger2 lain menambah follower dan menaikkan trafik blog...

respect abis aku... bole jadi idola aku la ni... "terukir di bintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"... itulah kata2 yang sesuai kot untuk blogger2 seperti mereka ini... termasuk my sifu....HH...

dan kesempatan ini jua aku nak ucapkan Tahniah pada Elia.. moga terus berjaya dan menjadi panduan bagi kami blogger baru nak masuk kelas ni... hehe....


a.k.a ~~ terukir di bintang tak mungkin hilang cinta ku padamu....


~~ANIM~~ wish u were here...

Sunday, June 17, 2012

moga ketemu hikmah NYA...

Salam...

hari ni sempat aku membuka blog.. semalam.. mood hilang, terbang melayang entah ke mana.. walau hubby offer guna laptop, aku buat tak tau je...

status fb pun, orang tertanya2.. my beloved ustazah pun, terus sms aku... sukar untuk aku luahkan...

semalam.. 16 jun 2012.. aku sepatutnya dah pun bergelar siswi di Universiti Malaya....

kite manusia yang hanya mampu merancang... namun Allah lah sebaik2 perancang dan penentu setiap yang terjadi.... aku belum di beri peluang untuk sambung pelajaran...

aku dah pun dapat tawaran untuk buat diploma eksekutif in human resources management selama 13 bulan di UM City Campus.....

saat aku mendapat surat tawaran, aku menelefon bahagian pentadbiran untuk bertanya tentang pinjaman yang di sediakan untuk kakitangan sokongan menyambung pelajaran.. dukacita, belum lagi memohon, mereka memberitahu, permohonan di bekukan sementara...

apakah makna semua ini?? aku cuba kuatkan hati.. kenkawan suruh memohon epf aku, tapi, aku tak cukup duit dalam epf sebab aku dah keluarkan untuk rumah yang aku beli ni...

aku cuba lagi berbincang mencari jalan.. nak cuba buat pinjaman, tapi, payslip aku dah tak laku di mana2 bank, sebab aku dah buat pinjaman untuk siapkan rumah mak di kampung...

akhirnya aku akui, memang bukan rezeki aku untuk sambung pengajian di peringkat diploma, aku tak mampu untuk bayar yuran bulanan.... itulah yang buat aku terlalu sedih... dan keputusan tu aku terpaksa buat ketika aku menyambut ulangtahun kelahiran aku... itukah hadiah terbesar untuk ulangtahun aku...

hati aku sedih.. sedih yang teramat... sendu, jauh di sudut hati.. aku cuma mampu bermohon pada ALlah, agar aku di beri kekuatan untuk menerima ujian ini dengan redha... perlu masa untuk tenang dan redha... senyum tawa aku untuk menutup setiap kesedihan hati ini.. walau ada rakan yang sedar perubahan aku... apa yang mampu aku luahkan...

akhirnya, disini lah tempat untuk aku menyatakan.. agar kawan2 aku memahami perubahan itu...

antara hikmah yang aku nampak, andai aku ke kelas, kelas pertama aku sahaja, aku sudah menghadapi masalah, kerana, suami ku akan ke singapore untuk mengikuti program pejabatnya, tak ada sesiapa yang akan menjaga anak2ku... dan seterusnya, kelas2 aku akan mengganggu hobi dan program2 suami ku yang sering berouting dengan kawan dslrnya ke sana sini,.. sedang aku telahpun berjanji dengan diri, yang aku tak akan mengganggu dan menjadi penghalang untuk setiap kehendak suami aku... serentak aku membuat keputusan untuk tidak sambung belajar, aku nampak suamiku telahpun bersetuju dengan satu event dslrnya pada tarikh yang sepatutnya kelas aku... moga suami aku lebih cemerlang dan bahagia....

Ya Allah.. berilah kekuatan untuk aku lupakan segala kesedihan ini.. aku tahu, setiap yang kau tetapkan punya hikmah yang tersembunyi.. namun, sebagai manusia, hati aku tetap terlintas rasa kesal, kenapa apa sahaja yang aku inginkan, yang aku impikan tidak pernah aku dapat, walau kekadang impian ku telah berada dalam genggaman, pasti ada sesuatu yang terjadi yang membuat aku terlepas semua itu.. Ya Allah, ampunilah hambaMU yang naif ini.....



a.k.a ~~ apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka.....


~~ANIM~~ wish u were here...

Friday, June 15, 2012

Things to do today....

Salam...

selalu nya bila masuk keje atau sebelum balik keje, benda ni la yang di semak... senarai perkara yang kena buat... dan dah buat...

hari ni... aku nak buat untuk blog pula.. bile ada segmen yang aku join, aku kena buat benda ni, sebab kan sibuk, aku tak sempat2 buat benda ni...

apa benda tu??? nak ziarah setiap blog yang join segmen my sifu... segmen tambah follower dan rakan blogger... follower aku dah bertambah... so, aku nak membalas ziarah, sementara rehat tgh hari jumaat ni....

jom... terjah.... hehehe....


a.k.a ~~ I've always been afraid of losing people I love, sometimes I wonder, is there anyone out there afraid to lose me...

 
~~ANIM~~ wish u were here...

Tuesday, June 12, 2012

Baru Lagi ke???

Salam...

bulan June adalah bulan ulangtahun untuk aku.. ulangtahun kelahiran pada 10... dan ulangtahun perkahwinan aku pada 2 June...

so, kebetulan, ada rezeki lebih, 2 june hari tu, aku balik kampung meraikan ulangtahun perkahwinan kami di tempat kami di nikahkan....

Alhamdulillah.. 6 dari 7 orang adik beradik balik dengan keluarga masing2.. aku masak simple je, spageti... kegemaran seluruh keluarga aku... dan, syukur... 13 tahun usia perkahwinan kami...

banyak suka duka yang kami lalui.. pelbagai rencam kehidupan berkeluarga kami lalui.. Alhamdulillah... tolak ansur, yang di amalkan, kami bahagia... semuanya dengan izin Allah....

ada orang kata dah lama, ada yang kata masih muda belia, baru masuk alam remaja... so, byk lagi yang kami perlu belajar untuk terus bahagia.... kami rasa masih baru.. ye ke?? baru lagi ke?? hehehe...


a.k.a ~~ sometimes you forgive people simply because you still want them in your life....


~~ANIM~~ wish u were here...

Segmen - Tambah Follower dan Rakan Blogger

Salam..

Lama tak join segmen... bz.. hari ni pepagi dah buka blog.. fuh.. sifu buat segmen.. kena join ni... jom..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiwGpMCA0KHFL4Brv6rQvlXUz3gnrx2dVHWWoxj2Y3Qse0i9xGFkd39haqfXOR2yOymBV83vX6xrt_VupHeLF9nYOJHL1q_TaXb2QENF4OB5GadQI4uW-Jt-WNn4GdH5Ll-HDHdt3jSlWk/s1600/blogger+hasrulhassan1.jpg


nama blog - a.k.a Ada KiSah AkU
link blog - http://tintaanim.blogspot.com/
mula blog - august 2009
sebab - memula kenkawan ajak, tapi sebenarnya, suka menulis, bercerita, meluah dalam bentuk tulisan.. (pernah bercita-cita nak jadi novelis, hik hik...)
idola dan ikutan - dulu my fren... sekarang dah tentu lah my sifu... Hasrul Hassan....

tq sifu...



~~ANIM~~ wish u were here...

Monday, June 11, 2012

35....

Salam...

memula kite citer pasal angka baru untuk aku tahun ni dulu ye... setelah lama tidak mengupdate...

semalam... aku genap 35 tahun... ada orang kata dah tua, ada orang kata muda lagi... apa pun pada aku... aku masih mencari ilmu untuk bekalan aku di hari mendatang...

Syukur dengan ni'mat yang Allah beri, aku membesar penuh dengan didikan.. Alhamdulillah.. hingga hari ini, Allah masih memberi aku peluang memperbaiki diri...

aku hidup dalam kasih sayang... dan aku mampu memberi kasih sayang pada insan2 sekeliling aku... Alhamdulillah...

apa yang aku mahu?? aku mahu perbaiki hidup aku sendiri... dari segala segi, rohani, fizikal dan mental...

Alhamdulillah.... Ya Allah... berilah aku kekuatan menghadapai hari yang mendatang dengan penuh keimanan dan ketaqwaan padaMu, untuk aku terus beribadat pada Mu...


p/s : minggu lepas ulangtahun perkahwinan.. nanti kite citer ye...


a.k.a. ~~ usia bukanlah bilangan waktu, tetapi bilangan kesedaran...


~~ANIM~~ wish u were here...