JaDi La PenGikutKu...

Thursday, December 22, 2011

Tribute to Nik Noor Syifa.....

Salam...

Hari ni result PMR keluar... bagi mereka yang ada anak2 ambik result mesti berdebar2.. aku?? anak aku baru nak masuk darjah 6... tapi, aku ada sorang anak buah yang ambik result hari ni.. so, aku pun berdebar gaks... huhuhu.. bole kan??? Nik Noor Syifaa... atau kami panggil Kak Chik, anak ke 3 pada kakak ke 3 aku yang menetap di Kelantan... dan dah petang baru la dapat mesej yang berbunyi... result kak chik... tak ada B, tak ada C, Tak ada D, tak ada E.. semua subjek yang diambil 9.. dan dan tu jugak air mata aku mengalir.. SYUKUR ALHMADULILLAH!!!....

to kak chik...

Tahniah!!.. berkat usaha dan kesabaran kak chik, Allah beri kejayaan permulaan buat kak chik.. jgn terlalu bangga dengan kejayaan itu sayang.. kekadang itu adalah ujian dari Allah... teruskan cara kak chik yang rendah diri dan nakal begitu..

saat kak chik buat keputusan utk masuk tahfiz sains selepas upsr... mami rasa bangga dan berbunga riang, dan yang paling gembira tentulah abah dan ibu dan tak lupa tokpah yang sangat bersyukur, kerana ada juga keluarga kite yang mula belajar tahfiz.. Alhamdulillah... kami doa kak chik bakal jadi hafizah yang baik...

kak chik..
teruskan usaha, pesanan sayang mami dan pasti pesanan dari semua, ini adalah permulaan kak chik mengorak langkah utk terus berjaya.. dan ingatlah sayang.. kami semua terus akan doakan kak chik dan semua keluarga kita... jangan lupa insan yang banyak berjasa membesar dan mendidik kita dari kita kecil.. sesungguhnya, kalau kita tak lupa mereka, senangkan hati mereka, ada balasan ganjaran dari Allah, dan yang pasti, semua itu datang dari Allah, kalau kita ingat Allah, Allah takkan pernah lupa untuk terus beri bahagia pada kita...

kak chik dan semua anak2 mami... moga kejayaan milik kita semua, dan bukan sekadar kejayaan di dunia yang kita dambakan, kejayaan di akhirat kelak yang lebih2 lagi kita rindukan...

gambar kak chik sayup di belakang abah, kak chik yanng kecik pun...





note : hish, tak abih2 airmata ni nak mengalir.. sebak sungguh hati ini... Ya Allah, kau berilah kejayaan buat kami, dunia dan akhirat.... Aminnn....



~~ANIM~~wish u were here...

Friday, December 16, 2011

Harapan aku buat dunia blogger Malaysia 2012

Salam...

ini percubaan pertama join segmen, segmen dari blog http://www.hasrulhassan.com/2011/12/segmen-harapan-aku-buat-dunia-blogger.html

Bila bercakap soal harapan dah tentulah kite semua berharap sesuatu yang baik dan bahagia. Macam tu gak, harapan aku buat dunia blogger Malaysia untuk tahun ke hadapan ini, 2012. dan sebagai orang baru dalam dunia blog aku mengharap lebih banyak tunjuk ajar untuk menjadikan blogger di Malaysia ini, mampu memberi ilmu yang baik, bermanfaat tak kira dari segi duniawi atau pun akhirat.

apa yang aku nampak sepanjang perjalanan berblog, blogger Malaysia semakin yakin dengan hasil tulisan mereka, yang semakin terserlah menyampaikan ilmu yang lengkap dengan fakta yang mampu meyakinkan pembaca atau pengikut setia blogger2 sekelian.

blogger2 Malaysia juga semakin bijak bermain dengan kata2 membuat ramai yang tertarik untuk menjadi pengunjung setia. peminat kata orang... aku sendiri sedang belajar untuk jadi blogger yang ramai pengikut setia. tapi, tak cukup jauh ilmu aku. aku budak baru belajar. dan aku juga mohon tunjuk ajar dari sifu2 blogger Malaysia sekalian.


p/s : macam karangan sekolah, kena 100 ptn, tak sempat kire dah. first time join segmen cam ni. harap dapat tunjuk ajar dan jadi blogger berjaya.

tq..

~~ANIM~~wish u were here...

Tuesday, December 13, 2011

Keberangkatan Pulang

Salam...

Wahhh... cerita yang cam hangat je.... idea untuk entri ni adalah bersempaena keberangkatan pulang DYMM yang di pertuan Agong yang ke 13... Sultan Mizan dan Sultanah Nur Zahirah...

semalam tengok sikit je lintas langsung upacara selamat jalan tu... pastu aku tengok berita tv3 semalam.. cerita pasal Sultan Mizan, latarbelakang pendidikan dan kehidupan beliau...

antara yang sedap di dengar di pendengaran aku... Sultan Mizan pernah tersenarai antara Raja terkacak dalam dunia... fuhh!!!! kelas... kacak juga bekas Agong kite ni ye... ye la sesuai jugak dengan beloved wife beliau.. Permaisuri memang cantik, tambah2 lagi, permaisuri kedua yang bertudung selepas tengku Aishah dulu...

so, berakhirlah pemerintahan Sultan MIzan sebagai Agong Negara kite selama 5 tahun... dan berharap Agong yang akan datang akan jua berjiwa rakyat seperti beliau... dan ada juga harapan, sekembalinya beliau ke Terengganu, akan juga menukar laungan Daulat Tuanku kepada Allahu Akbar seperti Sultan KElantan yang juga tak kurang kacaknya seperti Sultan Mizan... heheh....

apapun, kite gembira bile ada pemerintah a.k.a raja yang berjiwa rakyat dan berjiwa islam yang sebenar untuk negara islam kite... moga2 akan di berkati Allah.. Aminnn......


~~ANIM~~wish u were here...

Sunday, December 11, 2011

Cuti yang OT

Salam...

Tak ada makna cuti panjang minggu ni... sabtu aku ke pejabat jugak, ahad pun... banyak lagi yang tak terupdate.. cuti2 staff dan jugak training yang dorang dah pegi.. training kena cepat update, itu untuk annual assessment dorang... cuti pun kena update, sebab sebelum dorang dapat kenaikan, kedatangan mesti cantik, tak ada ponteng dan ngelat... selain tu, nak kena betul sebab nak kumpul dan kire betul2 balance cuti yang nak di bawa ke tahun depan...

aduh.. 340 orang staff.. aku sorang, tak pe la.. sebelum buat OT dah tanya akauntan dulu, kalau buat OT ni aku bole claim ke?? hehehe....

sebenarnya, tak de lah tak de makna sangat cuti ni... hari sabtu, aku ngan adik beradik berkumpul kat umah sepupu ku, Aci Mar.. sebab anak buah kami bersunat... mereka adakan kenduri doa selamat...

seronok, sebab sesekali dapat jumpa sepupu sepapat.. yang lama tak jumpa.. segala cerita mula keluar.. kabar berita dari penang gak, yang jadi paling seronok... Alhamdulillah... kenduri selesai, dan rindu pada saudara mara terubat...

OT.. aku bawa anak2 lepak kat opis... segala mainan dan bermacam benda dorang angkut bawa ke opis... nak buat cam mana, kalau tak bawa keluar, dorang boring duk kat umah je... kan?? sian anak2... heheh....


~~ANIM~~wish u were here...

Friday, December 9, 2011

inspirasi....

salam...

setiap apa yang kite buat, selalunya pasti ada sumber yang menjadi inspirasi utk kite lakukan apa jua... buat kite semangat, buat kite berminat untuk melakukan sesuatu itu....

aku... dalam kerja, my beloved hubby adalah sumber inspirasi aku, memotivasikan diri, untuk kekalkan prestasi kerja...

dalam hidup, selain ilmu2 Allah, hubby, anak2 dan mak adalah sumber inspirasi aku untuk majukan hidup aku....

dan blog ini... ada sumber inspirasi... ada dua sahabat aku sedari sekolag rendah yang menjadi sumber inspirasi aku... satu http://www.makdaraterdiva.com/ @ MDT... and second http://aqishas.blogspot.com/ .. a day dreamer blogger...

MDT rajin mengupdate.. kekadang tulisan2nya sering mencuit hati, dan menceriakan hari2 aku... aku suka baca... dan dia gak la yang buat aku semangat untuk mengupdate blog hampir setiap hari... tapi, kenapa tetiba ayat2 cintanya semalam cukup menyentuh hati dan perasaan aku ini....

hope so, MDT terus menulis... aku suka setiap coretan dan cara dia menyampaikan cerita... bersahaja dan sungguh terkesan di hati...

buat Aqish, tulisan2 kau jugak memberi inspirasi untuk aku, cuma mungkin kerana kesibukan kau dah kurang menulis, sesekali keluar buat aku seronok... at least ada cerita dan berita dari kau....

my dear MDT... seperti selalu... aku ada untuk kau bile2 saja... share with me dear... aku harap kau tidak berhenti menulis... dan jangan tutup blog comel, ayu dan gojes kau itu ye.... sayang kau....




~~ANIM~~wish u were here...

Saturday, December 3, 2011

malam yang ditunggu...





salam...

Alhamdulillah.. malam yang ditunggu pun tiba malam tadi... planning naik bas, tak jadi, bile jiran sebelah yang turut di raikan ajak pegi ngan dia je.. Alhamdulillah...

lepas magrib baru keluar, meredah ujan dan jalan yang jem.. fuhhh.. Alhamdulillah, kami tiba semasa bacaan doa sedang berlangsung... meja telah di tetapkan, mujur, kawan semeja, kawan yang ngam dan sesama induction course dulu... best...

bile sampai openning course, aduhh.. tak bole blah, aku cuma makan udang, salad, dan cuba jugak makan ikan salmon baked kununnya, tak bleh masuk... my beloved kata, ni masterchef ke yang masak??

next course, mushroom soup, ok sikit.. third course, aku tak mampu habiskan isi ayam sesaja, muak, tapi, last course, baru rasa cam nak buka selera, tapi dah last, keknya memang sedap...

tapi, tak pe la, syukur, dapat makan free kat tempat berkelaaassss lagi tu.. hehehe.. rezeki..

ramai yang di raikan semalam, yang bekerja 15 tahun, 25 tahun, yang bersara pun ada di raikan juga... harap2 aku dapat capai 10 tahun lagi, dan capai umur bersara pulak, itupun, kalau umurku masih panjang, dan di berkati oleh Allah....





inilah hadiah2 nya.. seutas jam tangan seiko, cd, doorgift, sijil penghargaan...

Alhamdulillah.. aku mohon, agar aku terus semangat bekerja, mencari rezeki di bumi Allah yang luas ini, dan di berkati Allah, Aminnn....


~~ANIM~~wish u were here...

Friday, December 2, 2011

MJD vs cuti tahun....

Salam...

petang ni, oooppsss... malam ni... aku antara staff yang akan di raikan untuk sebagai pekerja yang lama bertahan di sini... heheh...

baju dah ambik hari rabu lagi.. ok la... tak de la berklip klip pun.. tak ada labuci dan tidak la pulak bermanik2.. sulam pun satu line je.. tapi, yang penting baju baru untuk majlis tu.. heheh...

seronok rasa.. lama aku bertahan disini.. sebab suasana dan environment yang sesuai ngnan jiwa rumaja aku.. ceh rumaja, ye la, aku mula kerja dulu masa remaja lagi...

Alhamdulillah.. aku bersyukur, aku gembira di sini... dan aku mohon, Allah berkati hidupku di sini...

aku akan bercuti minggu depan, merilekskan otak di kampung halaman ku, so, kalau ada internet, aku akan upkan gambar2 di MJD, kalau tak, minggu depan la baru aku update ye...

salam.....


~~ANIM~~wish u were here...

Thursday, December 1, 2011

Journey to MJD

Salam...

Hari ni dah 1 dec.... esok je lagi... waa... bebetul excited aku ni...

4 tahun lepas aku menemani my beloved hubby mengambil sijil... tahun ni giliran aku.. nak naik atas pentas nak salam orang besar.. kena control ayu tu...

gambar invitation card dah ambil tapi, tak sempat nak upload lagi.. bz sikit.. bz byk sebenarnya... hari ni dalam sejarah di celpad aku akan mula berovertime... byk benda nak kena selesaikan sebelum tahun baru.. dan sebelum mula semua kakitangan nak menilai diri masing2 dan dinilai oleh ketua2 jabatan...

nanti kite cerita lagi....


~~ANIM~~wish u were here...