Assalamualaikum…
Hari ini adalah hari ulangtahun anak mama, Nurul Zahirah yang ke 14 tahun. Anak mama dah meningkat usia remaja… dari pengalaman dan pembacaan mama, alam ini penuh cabaran dan dugaan…
Mama tak mampu memberi hadiah yang mahal2 buat anak mama, kerana ketidakmampuan mama untuk memberi, kerana kos hidup yang amat tinggi dan juga kerana kedaifan mama..
Mama tahu Ira rasa kekurangan bergandingan dengan rakan2, bergandingan dengan sepupu2 Ira yang ada segalanya itu… tapi ketahuilah, mama sendiri di besarkan dalam segala kepayahan, kesusahan, namun, itulah rezeki yang Allah beri pada mama.. Syukur Alhamdulillah, kesederhanaan kehidupan dahulu, mampu membawa mama ke mana sahaja tanpa ada rasa kekok… dan kerana itu jugalah mama cuba mendidik anak2 mama mengikut cara hidup yang penuh kesederhanaan…
Mama tahu, Ira hidup dalam cabaran dan pengaruh kawan2… ketahuilah sayang… kawan2 cuma di sekolah, kawan saat kita gembira, namun, mereka tak dapat pun membantu kita di akhirat kelak…
Mama sedar, mama sendiri banyak pincangnya, kerana mama sendiri tidak bijak saat menuntut ilmu, hingga kini, mama masih mencari ilmu itu, dunia dan akhirat sama pentingnya, namun, akhirat adalah yang abadi, mama sedang cuba perbetul diri mama, sambil membawa keluarga mama kea rah yang di redhai Allah sama…
Mama mahu yang terbaik buat anak mama, dan yang terbaik itu adalah redha Allah.. insya Allah, andai Ira menurut segala perintah Allah, segala kehendak dan kemahuan Ira satu saat nanti akan menjadi kenyataan baik di dunia atau akhirat… percayalah sayang…
Mama sedar, mama orang kampung yang terlalu kekampungan dalam mendidik, namun, kekampungan itu membuat mama selesa kehidupan sekarang… mama tak pernah jemu berdoa untuk Ira dan adik2…
Mama tahu, semua orang tak suka dengan bebelan.. namun, dengan bebelan Tokpah lah mama menjadi semakin baik.. dan berkat ibu mama itulah, mama dah nampak kelebihan itu.. Alhamdulillah…
Di hari lahir Ira ini, sekali lagi mama mohon maaf andai mama tidak dapat memenuhi permintaan Ira… Mama ingin Ira tahu erti kehidupan, tak semua kehidupan itu indah dengan kemewahan, bersederhana adalah di tuntut dalam Islam…
terima kasih kerana banyak membantu mama di rumah.. moga Ira menjadi kakak yang terbaik dan contoh terbaik untuk ikutan adik2... doa mama, jadilah muslimah yang mukminah.... banyakkan bersabar menjadikan kite lebih molek dalam kehidupan...
terima kasih kerana banyak membantu mama di rumah.. moga Ira menjadi kakak yang terbaik dan contoh terbaik untuk ikutan adik2... doa mama, jadilah muslimah yang mukminah.... banyakkan bersabar menjadikan kite lebih molek dalam kehidupan...
Di hari ulangtahun Ira ini, terimalah hadiah tak seberapa mama buat Ira… hadiah ini di beli dengan kasih sayang yang tak pernah padam buat semua anak2 mama, terutama Ira anak sulung mama pengikat kasih sayang ayah dan mama yang pertama…
Ketahuilah sayang, mama tak pernah jemu berdoa pada Allah untuk kesejahteraan Ira dan berubahlah demi kehidupan Ira sendiri.. Mama percaya anak mama seorang yang bijak, mampu berubah dan bijak berfikir… buatlah yang terbaik, mama akan susuli dengan kasih sayang yang tidak terhingga dan tidak pernah padam….
Moga Ira mendapat redha Allah… Amin..
Selamat ulangtahun kelahiran ke 14…..
~~ANIM~~ wish u were here...