JaDi La PenGikutKu...

Monday, March 25, 2013

Thanks to Alang....

Salam...

hari ni hari ke 24 aku berpantang selepas melahirkan permata hati kami yang ke 4, seorang puteri, melengkapkan dua pasang permata hati kami.... hadiah tak ternilai dari Ilahi, satu amanah sebenarnya...

abang dapat cuti seminggu selepas aku melahirkan... dan abang tambah lagi seminggu, at least bile lepas minggu kedua, aku dah banyak sihat, tak perlu banyak bantuan dari abang lagi...

Alhamdulillah... aku dah sihat.. cuma tempoh berpantang yang tinggal lagi 20 hari terus menjadi kiraan... hehehe....

puteri kali ini, adalah cahaya mata terakhir kami... dengan izin Allah juga... keadaan aku tak buat masa ini tak mengizinkan aku untuk menambah lagi, syukur, abang terlalu memahami... abang bersetuju dengan pendapat doktor, selepas aku cram separuh badan dari pinggang ke kaki selepas proses kelahiran... Nurul Aufa Soibah yang membawa maksud, chaya kesetiaan yang betul... nama yang di pilih oleh abang Syafi...

dan yang bestnyer, Aufa dilahirkan pada tarikh yang sama dengan hari lahir Abang Zahir (putera kedua kami).. senang di sambut sekali mulai tahun depan... dan disebabkan Aufa yang terakhir, abang suruh aku ambil cuti bersalin selam 90 hari.. rehatlah sepuasnya... huhuhu.. jangan lemau nak setart keje nanti sudah lah.. hehehe...

oopss lupa lak.. tajuk entri.. alang, my aunty yang very the understanding and loving... one of my best fren sejak aku berkahwin ngan abang... word alang tak leh blah.. so selfish to abang, anak buah dia sendiri tu... heheh.. sorry abang... ayang win the situation ke???? i know, this is because you love me right?? i love u lah... both of you, alang and abang.....

so, insya Allah, start hari ni, aku akan mula update blog sepanjang cuti bersalin, sebelum aku mula sibuk ngan keje2 pejabat nanti... hehe.. akan jelajah jua satu persatu blogger yang ada.. insya Allah, kalau Aufa tak meragam....


Aufa - hari ke23...

a.k.a ~~ sungguh indah jiwamu tatkala kau tetap mendoakan kebaikan pada orang yang menzalimimu...



~~ANIM~~ wish u were here...

Wednesday, February 13, 2013

Moga tenang di sana...

Salam...

Lama aku tak menulis, apatah lagi menjenguk blog ini...

rentetan satu peristiwa, yang buat aku tak mampu menulis..

21 okt 2012... mama kembali lemah, dan kami menghantar mama ke hospital.. esoknya, pagi lagi, adik abang call, doktor panggil kami semua adik beradik ke hospital.. debaran dah pun bermula.. bile dengar kabar itu... "nothing can do, but you can't bring she back to home, let her slowly cure or anything happen in front of us.. it's already on stage 4"....

laju air mata aku menuruni pipi... petang 24 Okt, aku cakap ngan hubby, kite cutikan anak2 dari ngaji, kite bawa juga anak2 tgk maktoknya, walau apapun jadi, dan sampainya aku di hospital, dada mama berombak terlalu kuat.. bunyi nafas nya jugak macam tak mahu bertolak ansur... aku bacakan surah yassin, ajak kakak ira dan abang zahir bacakan yassin, dan mohon doa dari Allah, andai pergi itu terbaik buat mama... aku akan redha untuk masa yang telah Allah pinjamkan mama pada kami...

pagi 25 okt.. terlalu pagi sebenarnya masa abang kejutkan aku.. rasanya baru 2jam lebih aku tido.. abang tepuk perlahan pipi aku, mengejutkan aku dari lena... jam 1.30 pagi... dan abang bisikkan.. "ayang... mama dah tak ada"... aku rasa macam mimpi.. bagai luruh jantung... aku bertegas tak mahu tinggal, aku pack baju anak2, kejut anak2 walau mereka baru tidur.. aku tak mahu mereka terlepas sikit pun waktu2 terakhir untuk berbakti buat maktok mereka...

sampai di hospital, Alhamdulillah.. urusan mengeluarkan mama tidak lama... kami bawa mama pulang ke surau flat ampang mewah, hati aku yang luluh, ku kuatkan tanpa henti membaca yassin... ku ajak kak ira dan abang zahir sama2 sedekah buat mama... aku cuma terlelap sekejap, sebelum subuh... dan selepas subuh, berpusu2 jiran dan keluarga datang berziarah...

bila sampai masa menguruskan, mereka bertanya siapa anak yang akan menguruskan, semua mengharapkan aku, Alhamdulillah.. aku lah yang sama memandikan, membersihkan mama, menyiapkan kain kapan... dan saat aku harus mengapankan mama... aku rasa aku tak mampu menampung lagi airmata yang tak mahu putus2.. saat, aku harus membalut satu persatu bahagian tubuh mama... air mata ini terus laju... sehingga selesai sorang demi seorang waris memberi ciuman terakhir buat mama.. aku jugak di beri kepercayaan untuk menutup wajah mama dan mengikat tali terakhir di kepala mama... pilu hati ini... Ya Allah, berilah kekuatan padaku... Ya Allah.. tempatkan mama di kalangan kekasih Mu... saat itu lah aku rasa aku sudah terkulai layu, tiada lagi kekuatan dalam diri, terutama saat mereka mengangkat jenazah mama untuk di solat dan di bawa ke tanah perkuburan... ku gagahkan kaki untuk ke perkebumian mama...

mama.. semadilah dengan tenang di sana... mama yang cukup baik, sporting dan memahami aku sebagai menantu sulung... aku sayang mama... sampai bila2... mamalah insan paling gembira bila aku katakan yang aku kini mengandung anak ke 4... mamalah yang tidak sabar, setiap kali aku pulang menzirah mama yang sakit, mama akan usap perut aku, mama selalu tanya, pasal sakit aku.. apa yang aku rasa nak makan... walau mama sebenarnya tak berapa berdaya untuk memasak sangat... mama, moga mama tenang dan aman di sana, menemui pencipta... Ya Allah... tempatkan lah mama kami di kalangan kekasih2Mu...


a.k.a ~~ kita tidak akan menghargai sesuatu sehinggalah kita kehilangannya... (selalunya begitulah lumrah manusia, mudah2an kita tidak begitu, hargailah selagi ada di depan mata...)   


~~ANIM~~ wish u were here...

Friday, October 19, 2012

nak share je...

Salam...

Tak sempat nak bercerita.. tapi nak share something kat sini...

HORMATI SUAMI DEMI KESEJAHTERAAN:

1. Jangan membiarkan suami memandang kita dalam keadaan yang tidak menggembirakannya. Wanita yang paling baik adalah wanita yang selalu membuat suaminya bahagia.

2. Senyuman hendaklah sentiasa menghiasi bibir setiap kali dipandang oleh suami.

3. Perbanyaklah mencari keredhaan suami dengan mentaatinya (sepanjang tidak menyalahi aturan agama), sejauh mana ketaata

n kita kepada suami, sejauh itulah dia merasakan cinta isteri kepadanya dan kita akan mendapat keredhaan.

4. Pilihlah waktu yang tepat untuk meluruskan dan memperbetulkan kesalahan suami.

5. Jadilah seorang yang lapang dada dan janganlah sekali-kali menyebut-nyebut kekurangan suami kepada orang lain.

6. Perbaikilah kesalahan suami dengan segala kemampuan dan kecintaan yang dimiliki, janganlah melukai perasaannya.

7. Janganlah memuji-muji laki-laki lain dihadapan suami kecuali sifat diniyah yang ada pada laki-laki tersebut.

8. Jangan biarkan orang lain berkata buruk tentang suami.

9. Berusaha untuk tampil di depan suami dengan perbuatan dan ucapan yang disenanginya.

10. Berilah pengertian kepada suami agar dia menghormati kita dan saling menghormati dalam semua urusan.

11. Kita harus selalu merasa senang berkunjung kepada kedua orang tuanya.

12. Janganlah menampakkan kejemuan padanya jika terjadi kekurangan atau ketidakpuasan. Ingatlah bahawa apa yang dia berikan sudah lebih dari cukup. Cari waktu yang sesuai jika hendak menegur.

13. Biasakanlah tertawa bila dia tertawa, menangis dan bersedih jika ia bersedih. Kerana bersatunya perasaan akan melahirkan perasaan cinta kasih.

14. Diam dan perhatikanlah jika ia berbicara.

15. Janganlah banyak mengingatkan bahawa anda pernah meminta sesuatu kepadanya. Bahkan jangan diingatkan kecuali jika tahu bahwa ia mudah untuk diingatkan.

16. Janganlah mengulangi kesalahan yang tidak disenangi oleh suami dan ia tidak suka melihatnya.

17. Jangan lupa bila melihat suami solat di rumah, ikutlah solat dibelakangnya. Jika ia membaca, hendaknya anda duduk mendengarkannya.

18. Jangan berlebih-lebihan berbicara tentang angan-angan peribadi di depan suami, tetapi mintalah selalu agar ia menyebutkan keinginan pribadinya di depanmu.

19. Janganlah mendahulukan pendapatmu dari pendapatnya pada setiap masalah, baik yang kecil maupun yang besar. Hendaklah cintamu kepadanya mendorong anda mendahulukan pendapatnya.

20. Janganlah mengerjakan sesuatu kecuali dengan izinnya, dan jangan keluar rumah tanpa pengetahuannya.

21. Jagalah rahsia yang disampaikan kepadamu dan janganlah menyebarkannya sekalipun kepada kedua orang tuanya.

22. Hati-hati jangan sampai menyebut-nyebut bahawa kita lebih tinggi darjat dari suami. Hal itu akan mengundang kebencian kepadamu.

23. Jika salah satu dari orang tuanya sakit atau kerabatnya, maka kita mempunyai kewajiban untuk menjenguk bersamanya.




~~ANIM~~ wish u were here...

Wednesday, October 3, 2012

3 + 1......

Salam....







a.k.a ~~ tahun ni bertiga Insya Allah.. tahun depan berempat.. buah hati kami....



~~ANIM~~ wish u were here...

Tuesday, October 2, 2012

Puasa.. Raya... UPSR.. PSRA....

Salam...

Lama tul aku tak jenguk... jgnkan jenguk blog aku, apatah lagi nak berblogwalking blog kenkawan.. sory ye...

sebenarnya, tgk pc rasa nak muntah, tapi, terpaksa demi tugas sahaja... so, keje memang melambak... sebab aku kena covering sorang member yang baru melahirkan... makin melambak la kan... hehehe... ada tak yang rindu??/

Puasa...

Alhamdulillah.. aku dapat habiskan puasa sebulan... walau setiap hari selepas jam 2 atau 3 petang aku mula lembik... dan syukur.. suami dan anak2 byk bantu.. untuk aku menghabiskan puasa sebulan.. syukur pada Allah...

Raya...

tahun ni turn aku beraya di umah mertuaku.. di Ampang.. tak jauh pun... last day puasa.. aku kena tolong adik2 ipar memasak, sebab mak mertua aku sakit.. dia dah pun disahkan membawa kuman hepatitis C... yang tiada penawarnya... cuma perlu di kawal virus itu agar tidak merebak sampai ke otak...

so, raya kami kurang meriah... pada pagi raya lagi, keadaan mak mertua aku amat merisaukan... sampai la ke malam.. kami tak kemana2... hanya menunggu kunjungan saudara mara sahaja... aku tetap melepek bile hari beransur petang...  cadang nak bergambar family pun tak jadi, memandangkan keadaan mak kami... tak apala..

esoknya raya kedua, kami terpaksa membawa mak ke hospital semula, bila dia mula tak kenal orang, dan tak berinteraksi ngan kami... admit semula... dan petang tu, kami balik ke kampung aku...

UPSR...

kak Ira dah pun selesai menjawab ke semua soalan peperiksaan UPSR.. aku ngan hubby yg terlebih menggelabah... dia relaks je.. apa pun keputusan nya kami terima.. dan terima kasih pada kenkawan yang sudi mendoakan kak Ira....

PSRA...

di sebabkan kak Ira bersekolah aliran agama, so, dia kena mengadap satu lagi peperiksaan.. Alhamdulillah.. juga dah selesai... tunggu je la keputusan samaada penghujung oktober atau pun November... hmmm.... tgh pikir nak hantar dia ke sekolah mana....



a.k.a ~~ it's hard to forget someone who gave you so much to remember....
 

~~ANIM~~ wish u were here...

Thursday, July 19, 2012

Bagaikan Puteri...

Salam....

bile tulis tajuk, teringat lagu popular satu masa dulu.. dendangan penyanyi yang comel, Farra... yang dah lam tenggelam selepas bernikah... masa zama rumaja dulu, aku memang suka lagu tu...

bile dah jadi ibu pada rumaj lak sekarang ni... nyanyi ni sekadar sahaja.... hehe.. giliran anak rumaja aku pulak.. sume lagu di hafal.. hish.. kekadang serabut pikir... ntah la...

back to entry title... sejak seminggu dua ni.. sejak di konfemkan sedang membawa cahayamata ke 4... aku dah di layan macam tuan puteri... nak2 aku asyik kepeningan aje... pagi, petang, siang, malam... aduhhh... penat tak kira....

anak2 dan hubby cukup memahami... awalnya, hubby sibuk mengurus makan anak2 dan aku, walau aku tak berapa selera,... tapi, anak2 dan hubby, akan ikut apa yang aku rasa nak makan... bile aku tak ada idea, baru lah anak2 bagi idea pada si ayah... aku di suruh berbaring aje bile balik dari keje... sampaikan aku nak minum air masak pun, hubby aku suruh anak2 isikan air dalam tupperware air, letak di tepi katil....

kekadang rasa cam mengada la sangat... tapi, mungkin juga faktor usia... usia yang semakin meningkat membuatkan hubby aku lebih prihatin... dan bila aku tanya, rupanya ada sesuatu yang buat dia cukup menjaga segalanya....

aku sebenarnya tidak di benarkan untuk mengandung kerana kecederaan tulang belakang aku, yang mana, disc di pinggang yang terkeluar telah pecah dan retak serta menghimpit saraf kanan... aku berisiko unutk mengandung kerana, bila aku mengandung kau tidak di benarkan memakan vitamin untuk saraf, dan ini akan menyebabkan aku kembali rasa kebas di sebelah kanan.. dan aku akan makin sakit.... yang benar.. aku dah mula rasa kebas semula selepas dua minggu aku tidak lagi memakan vitamin itu...

tapi, tanpa di duga, aku telah mengandung semula... aku sanggup menanggung risiko ini, demi kebahagiaan keluarga... dan aku yakin, pasti ada hikmah dari Allah untuk setiap yang terjadi pada aku.. manalah tahu... sebaik melahirkan nanti, aku akan pulih.. kan?? Aminn.. ya rabb....

apapun, terima kasih tidak terhingga buat suami dan anak2 ku.... yang terlalu memahami situasi ku ini....


a.k.a ~~ sesuatu yang diimpikan tidak selalu menjadi kenyataan, tetapi apa yang tidak di duga selalu berlaku dengan tiba2, biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam, tapi usah kita ketawa berpanjangan kerana kegembiraan yang belum pasti untuk selama2nya...


~~ANIM~~ wish u were here...

Tuesday, July 10, 2012

Allah sebaik2 perancang....

Salam...

hari ni adalah hari yang paling mengujakan...

sebenarnya aku berasa tak berapa sihat untuk beberapa hari ni... dan kiraan bulanan aku dah lari seminggu..

di sebab kan rasa yang amat menyiksakan semalam, aku bertegas ngan my hubby untuk beli alat ujian itu...

so, subuh2 tadi, aku dah pun buat ujian kehamilan... sungguh teruja,... aku sah mengandung.. Alhamdulillah....

aku bg tau berita gembira ini pada suami, dan anak2... mereka cukup gembira... walau jauh di sudut hati suami aku, terselit sedikit kebimbangan atas kesihatan aku... kerana slip disc yang aku alami...

insya Allah, Allah adalah sebaik2 perancang... banyak hikmah di sebalik semua yang terjadi...

Alhamdulillah... saat aku kecewa kerana aku tak dapat sambung belajar... Allah dengan cepat memberi aku satu hadiah yang lebih bermakna... Allah ubati kekecewaan hati aku.. benarlah.. mengadu pada Allah, adalah yang tebaik, kerana Allah lah sebaik2 pendengar dan Allah maha pengasih lagi maha Penyayang....

dan syukur, berita gembira ini, menjadi penawar untuk mertuaku yang tidak berapa sihat kebelakangan ini... bile aku kabarkan pada dia.. dia sungguh gembira... Alhamdulillah..

Ya Allah... aku syukur dengan setiap yang kau beri, moga bertambah rezeki yang baik dari Mu... dan moga anak ini bakal menjadi mujahid atau mujahidah penegak agama Islam yang suci ini....


a.k.a ~~ don't turn to Allah only when you need something.. Turn to Him often, then he'll already be there when you're in need.... 


~~ANIM~~ wish u were here...