JaDi La PenGikutKu...

Friday, October 19, 2012

nak share je...

Salam...

Tak sempat nak bercerita.. tapi nak share something kat sini...

HORMATI SUAMI DEMI KESEJAHTERAAN:

1. Jangan membiarkan suami memandang kita dalam keadaan yang tidak menggembirakannya. Wanita yang paling baik adalah wanita yang selalu membuat suaminya bahagia.

2. Senyuman hendaklah sentiasa menghiasi bibir setiap kali dipandang oleh suami.

3. Perbanyaklah mencari keredhaan suami dengan mentaatinya (sepanjang tidak menyalahi aturan agama), sejauh mana ketaata

n kita kepada suami, sejauh itulah dia merasakan cinta isteri kepadanya dan kita akan mendapat keredhaan.

4. Pilihlah waktu yang tepat untuk meluruskan dan memperbetulkan kesalahan suami.

5. Jadilah seorang yang lapang dada dan janganlah sekali-kali menyebut-nyebut kekurangan suami kepada orang lain.

6. Perbaikilah kesalahan suami dengan segala kemampuan dan kecintaan yang dimiliki, janganlah melukai perasaannya.

7. Janganlah memuji-muji laki-laki lain dihadapan suami kecuali sifat diniyah yang ada pada laki-laki tersebut.

8. Jangan biarkan orang lain berkata buruk tentang suami.

9. Berusaha untuk tampil di depan suami dengan perbuatan dan ucapan yang disenanginya.

10. Berilah pengertian kepada suami agar dia menghormati kita dan saling menghormati dalam semua urusan.

11. Kita harus selalu merasa senang berkunjung kepada kedua orang tuanya.

12. Janganlah menampakkan kejemuan padanya jika terjadi kekurangan atau ketidakpuasan. Ingatlah bahawa apa yang dia berikan sudah lebih dari cukup. Cari waktu yang sesuai jika hendak menegur.

13. Biasakanlah tertawa bila dia tertawa, menangis dan bersedih jika ia bersedih. Kerana bersatunya perasaan akan melahirkan perasaan cinta kasih.

14. Diam dan perhatikanlah jika ia berbicara.

15. Janganlah banyak mengingatkan bahawa anda pernah meminta sesuatu kepadanya. Bahkan jangan diingatkan kecuali jika tahu bahwa ia mudah untuk diingatkan.

16. Janganlah mengulangi kesalahan yang tidak disenangi oleh suami dan ia tidak suka melihatnya.

17. Jangan lupa bila melihat suami solat di rumah, ikutlah solat dibelakangnya. Jika ia membaca, hendaknya anda duduk mendengarkannya.

18. Jangan berlebih-lebihan berbicara tentang angan-angan peribadi di depan suami, tetapi mintalah selalu agar ia menyebutkan keinginan pribadinya di depanmu.

19. Janganlah mendahulukan pendapatmu dari pendapatnya pada setiap masalah, baik yang kecil maupun yang besar. Hendaklah cintamu kepadanya mendorong anda mendahulukan pendapatnya.

20. Janganlah mengerjakan sesuatu kecuali dengan izinnya, dan jangan keluar rumah tanpa pengetahuannya.

21. Jagalah rahsia yang disampaikan kepadamu dan janganlah menyebarkannya sekalipun kepada kedua orang tuanya.

22. Hati-hati jangan sampai menyebut-nyebut bahawa kita lebih tinggi darjat dari suami. Hal itu akan mengundang kebencian kepadamu.

23. Jika salah satu dari orang tuanya sakit atau kerabatnya, maka kita mempunyai kewajiban untuk menjenguk bersamanya.




~~ANIM~~ wish u were here...

Wednesday, October 3, 2012

3 + 1......

Salam....







a.k.a ~~ tahun ni bertiga Insya Allah.. tahun depan berempat.. buah hati kami....



~~ANIM~~ wish u were here...

Tuesday, October 2, 2012

Puasa.. Raya... UPSR.. PSRA....

Salam...

Lama tul aku tak jenguk... jgnkan jenguk blog aku, apatah lagi nak berblogwalking blog kenkawan.. sory ye...

sebenarnya, tgk pc rasa nak muntah, tapi, terpaksa demi tugas sahaja... so, keje memang melambak... sebab aku kena covering sorang member yang baru melahirkan... makin melambak la kan... hehehe... ada tak yang rindu??/

Puasa...

Alhamdulillah.. aku dapat habiskan puasa sebulan... walau setiap hari selepas jam 2 atau 3 petang aku mula lembik... dan syukur.. suami dan anak2 byk bantu.. untuk aku menghabiskan puasa sebulan.. syukur pada Allah...

Raya...

tahun ni turn aku beraya di umah mertuaku.. di Ampang.. tak jauh pun... last day puasa.. aku kena tolong adik2 ipar memasak, sebab mak mertua aku sakit.. dia dah pun disahkan membawa kuman hepatitis C... yang tiada penawarnya... cuma perlu di kawal virus itu agar tidak merebak sampai ke otak...

so, raya kami kurang meriah... pada pagi raya lagi, keadaan mak mertua aku amat merisaukan... sampai la ke malam.. kami tak kemana2... hanya menunggu kunjungan saudara mara sahaja... aku tetap melepek bile hari beransur petang...  cadang nak bergambar family pun tak jadi, memandangkan keadaan mak kami... tak apala..

esoknya raya kedua, kami terpaksa membawa mak ke hospital semula, bila dia mula tak kenal orang, dan tak berinteraksi ngan kami... admit semula... dan petang tu, kami balik ke kampung aku...

UPSR...

kak Ira dah pun selesai menjawab ke semua soalan peperiksaan UPSR.. aku ngan hubby yg terlebih menggelabah... dia relaks je.. apa pun keputusan nya kami terima.. dan terima kasih pada kenkawan yang sudi mendoakan kak Ira....

PSRA...

di sebabkan kak Ira bersekolah aliran agama, so, dia kena mengadap satu lagi peperiksaan.. Alhamdulillah.. juga dah selesai... tunggu je la keputusan samaada penghujung oktober atau pun November... hmmm.... tgh pikir nak hantar dia ke sekolah mana....



a.k.a ~~ it's hard to forget someone who gave you so much to remember....
 

~~ANIM~~ wish u were here...

Thursday, July 19, 2012

Bagaikan Puteri...

Salam....

bile tulis tajuk, teringat lagu popular satu masa dulu.. dendangan penyanyi yang comel, Farra... yang dah lam tenggelam selepas bernikah... masa zama rumaja dulu, aku memang suka lagu tu...

bile dah jadi ibu pada rumaj lak sekarang ni... nyanyi ni sekadar sahaja.... hehe.. giliran anak rumaja aku pulak.. sume lagu di hafal.. hish.. kekadang serabut pikir... ntah la...

back to entry title... sejak seminggu dua ni.. sejak di konfemkan sedang membawa cahayamata ke 4... aku dah di layan macam tuan puteri... nak2 aku asyik kepeningan aje... pagi, petang, siang, malam... aduhhh... penat tak kira....

anak2 dan hubby cukup memahami... awalnya, hubby sibuk mengurus makan anak2 dan aku, walau aku tak berapa selera,... tapi, anak2 dan hubby, akan ikut apa yang aku rasa nak makan... bile aku tak ada idea, baru lah anak2 bagi idea pada si ayah... aku di suruh berbaring aje bile balik dari keje... sampaikan aku nak minum air masak pun, hubby aku suruh anak2 isikan air dalam tupperware air, letak di tepi katil....

kekadang rasa cam mengada la sangat... tapi, mungkin juga faktor usia... usia yang semakin meningkat membuatkan hubby aku lebih prihatin... dan bila aku tanya, rupanya ada sesuatu yang buat dia cukup menjaga segalanya....

aku sebenarnya tidak di benarkan untuk mengandung kerana kecederaan tulang belakang aku, yang mana, disc di pinggang yang terkeluar telah pecah dan retak serta menghimpit saraf kanan... aku berisiko unutk mengandung kerana, bila aku mengandung kau tidak di benarkan memakan vitamin untuk saraf, dan ini akan menyebabkan aku kembali rasa kebas di sebelah kanan.. dan aku akan makin sakit.... yang benar.. aku dah mula rasa kebas semula selepas dua minggu aku tidak lagi memakan vitamin itu...

tapi, tanpa di duga, aku telah mengandung semula... aku sanggup menanggung risiko ini, demi kebahagiaan keluarga... dan aku yakin, pasti ada hikmah dari Allah untuk setiap yang terjadi pada aku.. manalah tahu... sebaik melahirkan nanti, aku akan pulih.. kan?? Aminn.. ya rabb....

apapun, terima kasih tidak terhingga buat suami dan anak2 ku.... yang terlalu memahami situasi ku ini....


a.k.a ~~ sesuatu yang diimpikan tidak selalu menjadi kenyataan, tetapi apa yang tidak di duga selalu berlaku dengan tiba2, biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam, tapi usah kita ketawa berpanjangan kerana kegembiraan yang belum pasti untuk selama2nya...


~~ANIM~~ wish u were here...

Tuesday, July 10, 2012

Allah sebaik2 perancang....

Salam...

hari ni adalah hari yang paling mengujakan...

sebenarnya aku berasa tak berapa sihat untuk beberapa hari ni... dan kiraan bulanan aku dah lari seminggu..

di sebab kan rasa yang amat menyiksakan semalam, aku bertegas ngan my hubby untuk beli alat ujian itu...

so, subuh2 tadi, aku dah pun buat ujian kehamilan... sungguh teruja,... aku sah mengandung.. Alhamdulillah....

aku bg tau berita gembira ini pada suami, dan anak2... mereka cukup gembira... walau jauh di sudut hati suami aku, terselit sedikit kebimbangan atas kesihatan aku... kerana slip disc yang aku alami...

insya Allah, Allah adalah sebaik2 perancang... banyak hikmah di sebalik semua yang terjadi...

Alhamdulillah... saat aku kecewa kerana aku tak dapat sambung belajar... Allah dengan cepat memberi aku satu hadiah yang lebih bermakna... Allah ubati kekecewaan hati aku.. benarlah.. mengadu pada Allah, adalah yang tebaik, kerana Allah lah sebaik2 pendengar dan Allah maha pengasih lagi maha Penyayang....

dan syukur, berita gembira ini, menjadi penawar untuk mertuaku yang tidak berapa sihat kebelakangan ini... bile aku kabarkan pada dia.. dia sungguh gembira... Alhamdulillah..

Ya Allah... aku syukur dengan setiap yang kau beri, moga bertambah rezeki yang baik dari Mu... dan moga anak ini bakal menjadi mujahid atau mujahidah penegak agama Islam yang suci ini....


a.k.a ~~ don't turn to Allah only when you need something.. Turn to Him often, then he'll already be there when you're in need.... 


~~ANIM~~ wish u were here...

Thursday, July 5, 2012

Salam...

jauuh di sudut hati... huhu...

hari ni ada undangan secara mengejut untuk farewell party  di branch kami di PJ, tapi, di sebabkan kesibukan yang teramat.. aku terpaksa menolak undangan tersebut.... hmmm....


 hmmm.... aku dah sms kat head department yang mengundang, Alhamdulillah dia faham....


~~ANIM~~ wish u were here...

akhirnya

Salam...

akhirnya, yang aku tunggu kini menjelma sudah... apakah itu???

Follower ke 100 aku... yess... sampai gak ke 3 angka... Alhamdullillah... so, inilah dia follower yang ke 100 itu...


Nama nya Siti Fatimah, tuan empunya blog.. Cerita Ceriti kisah hidup Cik Siti...

Cik Siti Fatimah ini adalah 2nd year medical student... cute lagi.... moga Cik Siti berjaya dalam bidang yang di ceburi.... Tq ye jadi follower ke 100... buat follower yang lain gak, tq sebab follow blog saya yang teramat byk kurangnya ini... "saya budak baru belajar.. kalau salah tolong ajarkan"...


a.k.a ~~ Cuba untuk melupakan seseorang yang kamu cinta, ibarat cuba mengingati seseorang yang kamu tak pernah kenal...


~~ANIM~~ wish u were here...