JaDi La PenGikutKu...

Tuesday, January 26, 2010

Kuatkan kasih sayang..


Salam..


tajuk n3 tu cite pasal aku.. dan juga untuk kenkawan yang dah kawin... makin lama kawin hendaklah kite semakin akrab.. kuatkan kasih sayang kite sesama pasangan...


minggu lepas aku dan hubby ambik cuti, saje, jenjalan.. lepas hantar anak2 ke sekolah, yang kecik hantar skul... kami pun mulakan langkah.. gi bekfes sesama.. lama borak... pastu kami berjalan ke taman tasik titiwangsa... ambik gambar sana sini.. hubby sibuk suruh posing gitu gini...


then kami teruskan perjalanan ke care4.. wangsa walk... lunch kat taman melati.. dan ke sana sini... dan dating kami berakhir.. walaupun penat.. usaha untuk kuatkan kasih kami berbuah.. Alhamdulillah..


ya Allah.. kuatkan lah hati kami, kasih kami, moga kami terus berkasih sayang hingga akhirat..



~~ANIM~~
wish u were here...

Friday, January 22, 2010

Ambil Kesempatan...

SAlam..

Tajuk entry kali ni, sikit menyentuh hati aku... kat mana2 pun, perkara ni selalu jadi... ntah la dah macam jadi satu kemestian lak...

orang yang tak byk karenah, tak banyak cakap, selalu jadi mangsa, bole la nak kata mangsa keadaan... tapi, tak patut untuk buat kerja... kerja kat mana2 pun... usah kata kompeni swasta je, bukan kompeni, keje gomen cam aku ni pun ada, tapi, yang sakitnye, kalau tempat islamik cam kat tempat aku ni...

bile ada sorang yang baik hati, sebenarnya tak la baik hati sangat, cma dia malas nak bising, malas nak kata tidak boleh, jadi la mangsa.. kite nama kan mangsa M, dan yang menyuruh P...
bile si M ni tak byk soal, si P pun mula la tunjuk taring, awas bukan taring drakula... hehe... tapi kesian si M yang selalu kena je buat keje2 P... si P ni pulak memang la suke ambil kesempatan... asal ada kesempatan, dia lebih suka mengarah, harap dapat jadi bos, tapi tak kesampaian, dapat jadi kerani je.... hehe...

aku pun suka gak ambik kesempatan, tapi aku tak la cam si P, yang suka kenakan M... aku cuma suka ambik kesempatan bila ada kesempatan untuk aku berjaya.. hehe.. sebab aku belum cukup berjaya.. tapi, aku bukan tak tau bersyukur... syukur Alhamdulillah dengan kehidupan sekarang...

moral of the story, jgn la suka ambik kesempatan ke atas orang yang lemah.. buat la keje sendiri... jgn suka lepas tangan kat orang lain... moga2 aku dpat ingatkan diri aku supaya tak kenakan orang, agar aku dapat selesaikan keje aku yang melambak ni sendiri, tanpa mengharapkan orang lain..



~~ANIM~~
wish u were here...

Friday, January 15, 2010

12 Perkara Tentang Cinta

SAlam....

1. Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan.

2. Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.

3. Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.

4. Cinta yang di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

5. Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna memukau saat bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorg yang bakal mewarnai hidupnya.

6. Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.

7. Persahabatanbiasany a berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.

8. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cintabukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.

9. Apakah sebenarnya cinta itu? Cuba katakan. Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dlm satu fikiran dan dua hati dlm satu debaran.

10. Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yg sangat menggoncangkan jiwa.

11. Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorg terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya.

12. Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yang lahir dr kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun sukar untuk membezakan yg mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati.



~~ANIM~~
wish u were here...