JaDi La PenGikutKu...

Friday, November 25, 2011

Maal Hijrah 1433

Salam..

Salam Maal HIjrah 1433... Selamat tahun baru Hijrah....

MOga kite mampu berhijrah ke arah kebaikan dan mendapat keberkatan dari Allah...

jgn lupa esok baca doa akhir tahun dan awal tahun... moga kite sama2 mendapat berkat...

Salam...


~~ANIM~~wish u were here...

salah faham vs cakap tak terang...

salam...

huhuhuhu....

n3 kena buat sebab ada yang salah faham pada status fb aku pagi ni.. huhuhu.... dah la fb kena blok, cuma bole buka semula kul 1 tgh hari..

mulanya, masuk keje awal tadi aku upkan status di fb.. 25 nov 1996 - 25 nov 2011 - 15 tahun - Alhamdulillah... dah berduyun2 wish hepi anniversary, tahniah, dan macam2 lagi komen yang cukup teruja untuk wish ulangtahun perkahwinan yang dah menjangkau 15 tahun kununnya... hehehe...

padan muka, lain kali, cakap biar terang... tulis gitu biasanya orang memang suka tulis pasal perkahwinan... ulangtahun perkahwinan yang buat orang selalu tulis tarikh2 keramat tu.. aduss....

sebenarnya, aku teruja sebab dah 15 tahun aku keje kat sini, lama aku bertahan, dan aku teruja untuk majlis makan malam untuk menghargai pekerja yang lama bekerja ngan UIA ini.. dan aku dah pun 15 tahun keje kat sini... Alhamdulillah...

3 tahun selepas aku keje kat sini, aku pun mendirikan rumahtangga dengan jejaka idaman malaya yang juga bekerja di sini, yang sekarang lebih dikenali sebagai my beloved husband... so, aku baru je 12 tahun berkahwin dengan abang... dan anniversary aku adalah bulan 6 bukan bulan 11... huhuhu....

so, hik hik hik... lenkali kalau nak tulis, nak war warkan apa2 tu, biar terang, tak ler orang salah faham... tapi, apapun, aku ucapkan terima kasih, atas doa semua kawan2 yang mendoakan agar aku akan terus bahagia bersama my beloved hubby...

doa ku siang malam, biarlah aku terus bahagia dalam kerjaya dan rumahtangga ku sampai akhir hayat aku... Amin ya Rabbal Alamin....



~~ANIM~~wish u were here...

25 Nov 1996 - 25 Nov 2011

Salam....

hari ini... 15 tahun yang lalu, aku mulakan langkah dengan niat mencari rezeki, pengalaman dan ilmu di sini... meninggal kampung halaman tercinta, dengan niat sesuci hati ku.... (fuh!! statement)

cukup sudah 15 tahun aku berkhidmat di sini... sudah tersurat, rezeki ku disini.. segala bentuk rezeki, Alhamdulillah.. di sini, aku bertemu jodoh seorang lelaki yang baik dan bijak... di sini, aku membesarkan anak2.. di sini juga aku berpeluang berbakti membalas budi mak bapak menjaga aku dari kecil...

Alhamdulillah....

ada kawan tanya.. kau tak rasa penat ke??? So far, aku rasa seronok.. sebab tu aku mampu bertahan selama 15 tahun... banyak kenangan, pahit manis, aku lalui... dan yang pasti lebih banyak yang manis, sebab itu aku masih kekal di sini... Alhamdulillah..

dan di sini, aku berpeluang menimba pelbagai jenis ilmu, ilmu dunia dan paling bererti ilmu akhirat... ALhamdulillah... semua itu untuk aku perbaiki diri aku, dan yang mana mampu aku berkongsi dengan kawan2...

15 tahun, kalau di kire, inilah umur pertengahan remaja, tengah meningkat segala perasaan ingin tahu dalam hidup... dan sesungguhnya, masih banyak yang aku belum tahu hal dunia dan akhirat.. yang ingin aku tahu seterusnya...

dan ikut kata my beloved ustazah, Ustazah Siri Aufa... aku seharusnya dah banyak manghafal surah2 lazim, dan aku sebenarnya, baru memulakan langkah, dan aku sedang mengajak anak2ku turut serta, supaya anak2ku tidak ketinggalan dan tidak sejahil aku....

Ya Allah, kau berkatilah hidup aku, berkatilah rezeki ku, berkatilah ilmu KAu yang aku cari ini, tambahkanlah iman dan taqwa dalam hati ini, agar aku mampu menjadi muslimah solehah untuk ibu bapaku, suamiku, anak2ku dan seluruh hidup keluarga ku... Amin Yarabbal Alamin...


~~ANIM~~wish u were here...

Thursday, November 24, 2011

berbakti selagi ada hayatnya...

Salam...

Lately ni aku mudah sungguh tersentuh.. ntahla... tapi, kali ni, memang aku rasa sedih sangat...

Semalam, aku cuti, bawa mak ke hospital selayang kerana ada appointment, selalunya, kalau setakat appointment, aku tak cuti, sebab mak dah dapat cop warga emas, so, angka giliran yang lain, dan prosesnya cukup cepat, - syabas untuk hospital kerajaan yang mendahulukan warga emas... Alhadmulillah..

tapi, aku cuti semalam sebab, mak nak kena buat xray... so, mesti jadi lambat appointment tu nanti... syukur jugak, cuti aku banyak lagi... Alhamdulillah..

sebelum kukl 8 lagi aku dah ada kat jabatan xray orthopedic tingkat 4... beratur panjang, dah kul 8 masih belum uka lagi kaunternya.. sabar.. hampir 8.15 baru lah di buka kaunter... bile dah letak kad, tunggu pulak di panggil nama untuk dapat no.. sekejap je, nama mak dipanggil, tapi, bukan untuk xray, tapi....

cik, klinik pakar tak ada order xray la... bole tak cik pegi semula ke klinik, minta doktor buat order, tapi, saya bagi no giliran untuk cik dulu, lepas doktor dah order cik datang balik...

aduhhh!!!! dan lebih 3 bulan tak buat order ke?? tak pe la, baiklah klinik pakar tu level yang sama... rupanya, ramai yang menerima nasib yang sama.. aku pun tak tahu apa masalah sistem mereka... tak pe la...

menunggu dengan penuh sabar, dekat kul 10 baru lah mak di panggil semula utk xray, lepas xray, aku gi daftar dulu utk dapat kan no gililran berjumpa doktor... tgk no nya ada lebih 10 orang di depan mak yang masih menunggu, so, aku bawa mak gi bekfes dulu...

balik ke klinik, puas jugak kami menunggu... kul 12.15 baru lah no mak di panggil... masuk ke dalam dan berbincang dengan doktor, mak, di sarankan memakai tongkat... untuk tidak bebankan kesakitan tu pada kedua kaki tua mak sahaja... hmmm insya Allah, aku usahakan..

masa menunggu next appointment mak, aku tgk ada 2 orang warga emas menunggu juga, nurse tanya pada mereka, mana anak?? tak de, mereka datang seorang, kata nurse, hari ni byk kes warga emas, datang sorang, dan tak larat, nurse yang pegi ambilkan ubat dan nurse juga ambil wheelchair dan hantarkan ke tempat menunggu teksi...

Allahuakbar.. simpati sungguh aku... mana pergi anak2 yang dah di besarkan oleh warga emas itu... ada seorang warga emas berbangsa china duduk sebelah mak, juga datang seorang, dia kata, anaknya cuma datang hantar dan tinggalkan dia di lobi hospital, bile dah siapkatanya, call aje, dan tunggu di lobi hospital anaknya akan datang ambik... kesiannya...

bile dapat list ubat dan appointment, aku bawa mak ke farmasi utk ambik ubat pula.. masa menunggu ubat, aku nampak auntie yang berbual ngan mak tadi sedang berjalan, nak ke farmasi jugak... senget2 jalannya... dah dekat ngan farmasi tetiba makin senget dan dia terjatuh, aku cepat bangun dan ada 2 3 orang lagi menerpa ke arah dia, dan seorang kakitangan kaunter hospital memimpin dia ke farmasi... siannya...

bile bawa ke tpt menunggu di farmasi, dia keluarkan minyak angin, sapu di hidung dan di kepala, dia pening, dan dia sakit lutut.. siannya... mana pergi sifat belas anak2 pada ibubapa yang dah susah payah besarkan kite... kalau kite terlalu sibuk sekali pun, takkan lah kite tak bole minta anak2 kite yang sedang bercuti sekolah tak mampu temankan neneknya sekejap.. aduhhh...

aku pun bukanlah baik mana, kami bergilir sebenarnya, bawa mak ke hospital, mujur, anak mak ramai... Alhamdulillah...

ibu bapa kite bukannya minta duit dari kite, mereka cuma nak perhatian dan kasih sayang dari kite, macam yang mereka buat pada kite sedari kite kecil.. lagipun, itu adalah tanggungjawab kite sebagai anak2...

Ya Allah, aku mohon padaMU, kekalkan hati kami adik beradik, untuk terus berkhidmat selagi mampu pada ke dua orang tua kami... jangan lah kau palingkan hati2 kami dari terus mengingati dan membalas setiap jasa membesar dan memberi kasih sayang pada kami dengan sempurna... Ya Allah aku mohon padaMU... tetapkan hati2 kami... Amin YArabbal Alamin...


~~ANIM~~wish u were here...

Monday, November 21, 2011

Mana sifat malu insan??

Salam

lately ni, banyak betul cerita2 yang memalukan agama dan kaum... aku pulak yang jadi malu2 alah.. maklum ler, aku ni pemalu, huhuhu...

entry ni aku dok terpikir dari jumaat hari tu lagi... cuma tak sempat nak menaip..

citernya, waktu jumaat... zohor masuk awal, so, lepas je azan, aku terus solat, dan suh anak dara aku tu solat terus... dan seperti biasa, seperti hari2 jumaat yang lepas, aku akan kuar lunch selepas jumaat, kerana menunggu beloved hubby dan zahir selesai solat.. dan aku akan keluar dari opis, bile mereka mula solat jumaat, sebab nak booked tempat kat cafe...

so, cukup masa dan ketika, aku pun turun dari opis, untuk menuju ke cafe, bersama anak dara ku... tup tup, aku selisih ngan orang lelaki, yang pastinya islam, bukan orang malaysia, dengan selamba je berjalan berlenggang kangkung sebelah aku, sebelah masjid pulak tu, tanpa ada sekelumit pun rasa segan tak pergi solat jumaat,... adussss.......

jalan ke depan lagi, ada lagi.. dengan selamba, yang tak ada rasa segan pada aku atau pun pada budak2.. dan anak dara aku tanpa segan silu bertanya, 'ma, dorang tak gi solat jumaat ke?'... fuh... tak ada pun macam nak sorok muka ke, nak tertunduk, tersipu malu ke, sikit pun tak... Allahuakbar....

dah terang lagi bersuluh, ini adalah institusi pengajian tinggi yang berteraskan islam, dan aku pasti mereka mengaku diri sebagai muslim... mana pegi sifat malu seorang insan muslim?? aduhhh... aku mohon, anak2 aku tidak akan hilang sifat malu itu sampai bila2.. dan aku tahu, ramai lagi di luar sana, yang bole pegi dating ngan aweks time2 jumaat, di pasaraya2 besar sekitar kuala lumpur ni... aku pernah tersermpak, dan yang buat sepatutnya dia lebih malu, dia tu siap pakai baju melayu siap ngan sampin bagai.. kacak dan hensem... dan... yang aweks2 dorang tu pun tak rasa apa ke, pakwe2 dorang yang kononnya mengaku islam, tak pergi bersolat jumaat??? kalau uzur, mestilah berada di rumah... astahgfirullah....

Ya Allah, aku mohon padaMU, biarlah kekalkan sifat malu pada diri aku, keluarga aku, suami dan anak2ku tentang solat ini, tentang aqidah ini, biarlah mereka terus malu, bile tidak bersolat dan bile mereka tidak kekal dalam aqidah islam, mereka akan malu dan terus malu.. Ya ALlah, aku mohon pada Mu... Amin YA Rabbal Alamin...


~~ANIM~~wish u were here...

Thursday, November 17, 2011

Misi Bantuan Kemanusiaan....

Salam...

Semalam, masa tgh lunch ngan beloved hubby... masuk sms kat hp aku...

"beras kat umah dah abis, tak tau nape cepat sangat, ayah tak de duit, tak dapat pencen lagi"

aku unjukkan pada beloved hubby... "hmm... petang ni lepas anak2 ngaji kite pegi"...

sms tu dari adik ipar aku... biasa la, adik2 ipar, mak mertua, kalau ada hal apa2, memang thru hp aku, bukan hp hubby ku... so, aduan di terima, dan aku membalas, ptg nanti akak balik...

ayah mertua bukan berpangkat besar masa kerja nya dulu... so, pencen yang dapat pun tak la sebesar mana... kadang2 tergelincir jugak dalam perbelanjaan bulanan rumah.. walau anak2 menghulur, tapi, tidaklah sebyk mana... sebab anak2 pun tidak berpangkat besar, dan semua nya bergaji kecil... tapi, syukur Alhamdulillah...

sebenarnya, aku nak share something... dari dulu, aku selalu bertanya ngan ustaz dan ustazah yang berada di keliling ku sekarang ini (syukur sangat, aku dekat dengan para pengajar hukum2 Allah ini)...

dan baru2 ni aku tgk pulak telefilem Di Pintu Sakratul Maut, lakonan Razak Ahmad, Arash Muhamad, dan ramai lagi... dalam citer tu, Razak ahmad sebagai abg long yang di amanahkan menjaga kebun neneknya, utk membesarkan adik2nya.. setelah adik2 membesar dia tidak lagi memberi hasil kebun dan ladang yang semakin besar.. walaupun berpangkat imam di kampungnya, tapi, dia mula lupa akan tanggungjawab, dan tidak mahu membantu adik2 yang kesusahan, dia lebih kepada membantu orang kampung yang susah... dia di sanjung orang kampung, tapi, tidak adik2nya..

dalam cerita tu jugak, ada seorang lelaki misteri yang selalu hadir hampir dengan dia, dan selalu bertanya sesuatu tentang sedekah jariah dan silaturrahim sesama keluarga...

aku ingat lagi, ustaz dan ustzah aku juga pernah berkata, Allah dan Rasul suka kalau kite selalu bersedekah, selalu beringat pada orang2 yang susah, dan sebaik2 sedekah jariah adalah kepada ahli keluarga kite yang dalam kesusahan.. sebab cuma kite yang tahu, keluarga kite susah atau senang... sedekah memanjangkan rezeki, macam yang ustaz Abdullah bukhari tulis dalam blognya, setiap satu sedekah yang ikhlas, akan di balas dengan gandaan 10 dari Allah dalam pelbagai bentuk...

sebaik2 sedekah adalah dari dalam rumah sendiri... dalam lingkungan hidup sendiri... lebih berkat dan lebih afdal, dan berkat itu biarlah Allah yang tentukan, macam keikhlasan, itu adalah hak Allah untuk menilai...

cuma nak share, lebih byk kite membantu keluarga, insya Allah, kite tidak akan merasa sempit dalam hidup atau kewangan, insya Allah, percaya dan yakin dengan janji Allah itu.... sesungguhnya Allah itu Maha segala2nya....

Ya Allah, aku mohon petunjuk dari MU, dan berkatilah hidupku dan seluruh keluarga ku... Amin Ya Rabbal Alamin.....



~~ANIM~~wish u were here...

Wednesday, November 16, 2011

Peranan vs Hak....

Salam...

hari ni ada rasa sedih, rasa pedih... seorang demi seorang kenkawan meluah rasa hati terbuku...

nape ye?? ramai sangat lelaki sekarang ni, suami terutamanya, suka ambil mudah, bile isteri bekerja, terus lupakan tanggungjawab beri nafkah atau kewangan... sume isteri tanggung... dah keje, tanggung la semua sekali...

bukan aku nak memburukkan kaum lelaki, dan bukan aku kata semua, cuma dalam sebulan ni, dah 3 orang kawan rapat aku yang mengadu, itu lah yang terjadi... dua dari nya dah berpisah... dah selesai kes di mahkamah, yang satu ni masih bersabar, masih berharap, mendung berlalu tanpa hujan turun di tgh hari....

memang sedih... pengorbanan isteri tak pernah di hargai... aku selalu berbincang dengan kawan2.. kebanyakkan isteri cuma mahu dihargai sebagai seorang isteri, betul, tak semua perempuan macam yang aku cakap... tapi, apa yg aku jumpa, dan apa yang aku bincang, isteri cuma mahu bimbingan dan dihargai sebagai perempuan..

kalau lelaki juga ingin di belai, di manja, isteri juga sama... lumrah manusia, ingin di hargai... aku pernah dengar satu ceramah, jgn tanya tentang hak, tapi, jalankan peranan pasti kite akan dapat hak sepenuhnya.. so, kalau masing2 tak jalan kan peranan, jgn lah sibuk nak menyebut tentang hak...

cuma yang buat aku terkilan, dari 3 orang kawan yang dilanda masalah ini.. cerita nya hampir sama... suami tak pernah hargai apa yang di buat selama ni, dan ambil kesempatan sebab isteri bekerja... tak hargai setiap pengorbanan dan tolak ansur isteri...

wahai suami di luar sana... bukan harta dan rupa yang jadi ukuran, cukuplah penghargaan dan perhatian di sulam dengan pengertian dari seorang suami sudah terlalu mencukupi buat seorang isteri yang mahukan redha suamidan redha ALLAH....

aku pohon, kawan2ku ini di beri kekuatan dalam menghadapi hidup yang penuh liku dan penuh dengan sandiwara.... moga kalian akan bahagia kelak, di dunia mahupun di akhirat....

~~ANIM~~wish u were here...

Tuesday, November 15, 2011

dah bertambah....

salam...

semalam balik je dari educare, syafi sibuk bercerita.. tunjuk surat yang dia dapat... "mama, syafi nak masuk 5 years dah".. too excited... syafi hulur surat yang di beri.. esok, (hari ni) syafi akan mula di kelas 5 tahun.. kelas dandelion... abg zahir pulak excited sebab itulah kelas dia masa 5 tahun dulu...

ok.. kalau dah masuk 5 tahun, apa yang syafi kena buat?? aku tanya pada dia.. "syafi tak bole minum susu dalam botol, kena minum susu sikit je dalam cawan je, syafi tak bole pakai pampers lagi masa tidur...".. lagi?? dia diam je.. lagi, syafi kena belajar selalu sebab syafi dah makin besar, tak bole la asyik lukis je.. tau apa dia jawab?? " alaaaa.. syafi kecik lagi la mama..".. aduh!! bertuah anak sorang ni...

tak pe lah, sikit2 ok lah, tu pun aku bersyukur, at least syafi dah kenal huruf2.. dan dah boleh tulis huruf2 ikut urutan yang betul, cuma berterabur huruf besar dan kecil je... Alhamdulillah..

kakak ngan abang pulak, Alhamdulillah, meningkat sikit markah mereka.. kedudukan tak penting... tahun ni abang zahir cuma naik pentas untuk ambik hadiah kedatangan penuh, itu pun yang di target dari awal tahun... hadiah utk subjek tak ada tahun ni, tak apa la... aku terima, sebab dia pun terlebih melukis je tahun ni.. kakak walaupun tak pernah naik pentas, aku syukur sebab setiap markah peperiksaan dia ada peningkatan.. Alhamdulillah.. moga dia terus berusaha sebaik mungkin untuk hadapi peperiksaan besar yang pertama bagi dia tahun depan, UPSR dan PSRA... aku yang dah menggelabah, bole?? huhuhu...

aku kena bagi tuiseyen lebih la utk kakak mulai sekarang.. bukan hantar dia ke kelas tuisyen, tak mampu la... aku yang kena bagi tuisyen.. kena baca buku la plak.. adoi!!!

apa pun.. doa aku siang malam, biarlah anak2 ku berjaya, dan mampu ubah kehidupan mereka... aku cuma akan berterusan begini.. tak ada peluang utk ubah kehidupan aku.. yang aku perlu ubah cuma, jadi lebih sabar, lebih tekun, lebih baik, lebih solehah, dan lebih segala2, cuma tak nak lebih berat badan je.. hehehe... dan aku doa juga agar anak2 aku jadi insan yang soleh dan solehah... yang bole aku harap membantu aku bila aku sudah tiada lagi... AMIN...

bile anak2 semakin meningkat usia, aku juga semakin berusia(ceh! tak nak cakap tua tu, huhuh)... dan aku harap aku jua semakin matang menilai dan membuat keputusan hidup... makin byk ilmu yang aku dapat, ilmu dunia dan akhirat semestinya... bertambah amalan... AMINNN....

salam....


~~ANIM~~wish u were here...

Monday, November 14, 2011

Pantai lagikan Berubah...

Salam...

kalau tgk tajuk, selalu orang akan relatekan dengan hati... biasa dah tu... tapi... aku bukan nak relatekan dengan hati.. sebab setakat ni, hati aku tak berubah.. masih cinta yang satu itu, sayang yang satu itu juga,.. dan aku sentiasa mohon pada Allah, agar jgn la ubah hati ini dari menyintai dan menyayangi dia, dan juga mohon pada Allah, jgn lah ubah hati ini dari terus sujud pada ALlah..

apa yang berubah.. laaa... takkan tak perasan lagik... kan wall ni dah berubah... hehehe... bukan tak de keje tau, keje banyak, cuma penat la bile dok tgk research academic, cuti orang, training orang, so, kite berubah lah hala pada ruap paras blog aku ni...

dah lama dahhh... dah lama dahhh.... itu yang selalu beloved hubby aku tulis dalam komen2 fbnya.. heheh... so, lama sangat dah rupa itu je blog aku.. so, aku try la tukar sikit... sebab selalu tgk blog bes fren aku ni Mak Dara Terdiva... selalu berubah, dan cantik lak tu... so, aku pun nak buat lain sikit.. heheh... nampak la lain sikit kan, kalau tidak warna itu je... heheh...

so, itu la yang berubah nya... tak ada kena mengena ngan hati atau perasaan ok....

cantik tak???

salam...

~~ANIM~~wish u were here...

Friday, November 11, 2011

Integriti vs Taqwa....

Salam

fuh... tajuk entry.. tak bole blah... macam bagus je... heheh...

nak kata tak ada kena mengena ngan n3 semalam, tak jugak, nak kata memang directly kena mengena pun tak jugak.. ada la bau2 bacang kot...

sebenarnya, pagi ni ada integrity talk utk staff celpad... tapi, aku lambat masuk.. dah dekat nak abih baru aku masuk, sebabnya... aku bawa mak pegi terapi kat hospital selayang dulu.. pastu baru datang... tu yang lambat...

penceramah hari ni, ustaz yang ngajar aku ngaji setiap pagi jumaat.. kelas ngaji pun aku tak dapat pegi pagi ni.. Ustaz Abdullah Bukhari... bagi kami yang tau macam mana cara penyampaian dan isi2, fakta dari ustaz Lah, akan rasa terkilan kalau tak dapat dengar talk hari ni... termasuk aku.. tu sebab, sampai je kat opis, aku bergegas ke conference room... sikit pun jadi lah...

talk hari ni, ustaz relatekan dengan pegangan umat islam, Al- QUran... ustaz kupas ayat2 yang kena mengena ngan integrity dalam Quran.. ayat2 penting, ustaz terangkan.. antara nya, tentang jujur, amanah, ikhlas, sabar dan tidak rasuah... rasanya semua tu ada dalam ajaran semua agama, kan???

dan yang pastinya, bila keluar kesimpulannya... integrity ni tak lain dan tak bukan adalah TAQWA... dan ada sorang akademik bertanya, kenapa kite sebut integrity, sedangkan, kite negara islam dan kite sendiri adalah orang islam, kan lebih baik di sebut bertaqwa saja.... jawapan ustaz... bile sebut taqwa, ramai yang takut.. ntah la.. mereka lebih senang menyebut integrity... lagi moden kot.. hehehe...

so, as a muslim, bile kite bertaqwa.. insya Allah kite tidak akan ada masalah dengan integrity... kite bole bekerja dengan jujur, amanah, ikhlas dan sabar...

so... byk pulak so dia yek.. yang baik dari Allah, yang buruk dari saya sendiri...

salam...


~~ANIM~~wish u were here...

Thursday, November 10, 2011

Jangan Kufur Nikmat

Salam...

ari ni, tak pasal2 aku sakit kepala... akibat panas telinga dengar komplen orang yang tak reti bersyukur dengan setiap yang Allah dah bagi...

Astaghfirullah.... tensen betul aku rasa...

selalu kite dengar kan?? orang kaya bertambah kaya, orang miskin makin susah... gitulah yang jadi depan mata aku ni.. yang makin geram dan sakit hati nya, orang cerdik pandai yang buat hal..

ada meeting 3 hari berturut... aku di arah order makan.. ok.. my duty... hari ke2, bekfes sampai lambat... bole la plak.. orang besar tu bising2.. kenapa lambat, anak i dah lapar menggigil2.. sakitnya ati aku... aku order untuk orang meeting ok?? bukan untuk anak2 kau yang dah pandai gi cari makan tu.. please lah...

yg buat aku terus dapat migrain.. bile sampai minum petang... bengong nya cerdik pandai tu.. kenapa dorang antar makanan cam ni, ni mesti yanng tak abis kat kedai dorang yang dorang antar bagi kite makan petang ni.. nak tau apa dia?? roti manis cicah kari.. salah kah makanan itu.. syukurlah, kau yang kaya dan cerdik pandai, dapat makan free.. aku yang tolong korang utk keje meeting korang ni pun gi beli makanan sendiri tau... bencinya aku,....

nape ye ada orang yang cam ni... minggu lepas dia kuarkan arahan suh block fb.. kononnya pekerjanya missuse... tak berkat nanti.. kalau di kira2 dia lagi byk missuse harta pejabat.. guna kenderaan pejabat utk tujuan peribadi sesuka hati... claim sekecik2 bil.. ambik semua makanan utk meeting bagi anak2 dan suami, bukan makanan yang berlebihan, tapi makanan yang orang sepatutnya makan tak makan lagi... segala jenis mak nenek yang asal kata bole claim, akan di claim.. pastu kalau program yg kena stay kat hotel, nak yang paling mewah supaya bole bawa anak2 dan suami stay sama... geramnya....

nape jadi cam tu ye?? selalu cerita kat orang, tegur orang pasal berkat... kena cari keberkatan... kena selalu buat amal... bersyukur dengan apa yang Allah bagi.. tapi, hakikatnya... aduhhhh!!!! tense aku....

hish.. biarlah dia..

aku mohon padaMu Ya ALlah, jgn lah sesekali kau palingkan hati aku dari mensyukuri setiap nikmat yang kau beri kan pada ku... dan setiap yang Kau beri ada baiknya, mungkin aku tak nampak dengan mata kasar, tapi, aku mohon padaMU Ya Allah, bukalah mata hati ku ini agar aku dapat mensyukuri setiap pemberian MU dengan hati yang terbuka.. AMINNN YA RABB.....

~~ANIM~~wish u were here...

Tuesday, November 1, 2011

15 tahun berkhidmat... part 2...

salam...

entry bole ada part 2 pulak.. dan akan menyusul part 3 dan ntah berapa part... hehehe...


hari tu dapat email utk videorecording... dah selesai... semalam dapat surat... majlis akan dia adakan pada2 disember 2011 di berjaya time square, kl.... dalam surat tu minta aku bagi gambar berukuran pasport utk buku program majlis Malam Jasamu Di kenang 2011 (MJD2011)...

so, hari ni, aku turun lah ke kedai gambar kat sini je.. Gaga Digital Pro Lab.. ambik gambar pasport.. aku tak nak gambar tegak je, macam gambar pasport, nak tak formal sangat.. bole?? suka ati aku la.. hehehe....

dia kata stgh jam je, aku kata, memandangkan dah kul 3, nanti nak balik kul 5 baru akak ambik ye dik... sis tu kata ok je..

balik opis, encik posmen baru sampai... ada byk surat.. di sebabkan part time kami dah tak ada.. aku pun mengasingkan surat2 tu.. tetiba nampak surat aku.. wah.. apa tu..

jeng jeng jeng.... invitation card utk staff appreciation ceremony... wohaaaa!!!!! dah dapat invitation card... hehehe.. seronok tuuu...... terus tepon en hubby.. memberitahu....


balik ptg tadi, aku singgah la di Gaga Digital Pro LAb utk ambil gambar aku... dah bayar, sambil jalan kuar.. aku pun ambik gambar.. fuhh.. dia punya touch up gambar aku... dah la macam pakai bedak compact, tak de jerawat langsung.. clean je.. suci plak nampak.. hehe... jap ye...


suci kan??? hehehe....

so, nanti kite sambung lagi citer pasal ni... tak sabar nak tunggu hari nya.. hehehe... nanti aku upload gambar invitation card ye.. heheh.. excited terlebih sudahhh....

Alhamdulillah.. dah 15tahun aku kerja di UIA ni... byk suka dan duka... dan semestinya byk suka sebab aku lama bertahan di sini... Alhamdulillah....


salam...



~~ANIM~~wish u were here...