JaDi La PenGikutKu...

Thursday, February 4, 2010

Sambungan buku nota kecil

Salam...

Tip 3 : Layan setiap keperluan suami dengan saksama terutama keperluan seksual. Bagi suami, hubungan seks adalah bukti dan kaedah mengeratkan kasih sayang yang penting.

alamak.. malu nak cakap bab ni.. tapi, lumrah berumahtangga, itulah juga antara kebahagiaan.. macam2 cara kite bole buat untuk layan suami, layan, makan minumnye... apa dia nak makan, dia nak minum, tanya dia dulu.. kalau bole masak apa yang dikehendaki, tapi, make sure ada barang dalam fridge, jgn lak dia minta masak benda yang tak de dalam rumah, tapi, jgn la bising2 kat hubby kalau barang tu tak de, cakap elok2, suh dia bagi idea lain, atau minta tolong dia gi beli.. bole kan banng????? Sayang abang.,...


Tip 4 : Fahami karenah suami dan banyak bersabar. Gunakan gerak hati yang sedia ada dalam diri wanita bagi memahami kehendak dan pengharapan suami tanpa pelu di sebut.

rasanya kite orang perempuan ni sedar akan kelebihan yang Allah bagi pada kite, kekadang (tak selalu) kite bole baca apa yang suami kite nak, so, gunakan firasat tu, tapi, kalau tak betul kite cuba pikir sebaiknya... memang orang lelaki ni banyak karenah, sebenarnya dorang ni manja, lebih dari anak2.. so, kite kena banyak bersabar ngan karenah dorang ni... banyak pahala nya.. Insya Allah...

Tip 5 : Didik suami berkenaan apa yang anda harapkan secara hikmah. Ada kalanya anda perlu berpesan kepada suami sehingga 200 kali untuk dia faham dengan jelas. Sabar apabila memberi pesanan kepada suami.

KAn dah cakap tadi, suami ni manja lebih, macam mana kite berpesan ngan anak2, cam tu lah jugak kite berpesan ngan suami.. hehe.. tapi, kena perhatikan jugak, suami suka tak bile kite selau berpesan2 banyak kali.. tapi, kalau suami kite bukan jenis yang pelupa Alhamdulillah, syukur dengan apa yang di beri oleh ALLAH... aku selalu gak berpesan, tapi nak mudah sekarang aku pesan ngan sms.. teknologi.. hehe.. bole ke hah?? tak derhaka kot cam tu...


Tip 6 : Berhias dan pastikan anda sentiasa kemas menawan untuk suami. Bincang dengan suami cara penampilan yang dia gemari. Lakukan mengikut kehendaknya.

aku tak suka make up... tak pe ke?? kat umah pun aku tak pandai nak make-up2 ni.. tapi, aku akan pastikan aku tak macam serabai... aku kena bersih dan kemas selalu, kecuali time bangun tido.. hehe... bile nak gi opis pun selalu aku suruh abang yang pilih baju, kalau abang tak de idea, aku bagi idea, dan tanya dia boleh tak?? kalau dia kata ok, baru aku pakai, dan sudah pastilah, cari basic kaler yang sama ngan abang...

4 tip aku bagi hari ni, tapi, tolong ye kenkawan aku tak berniat nak ngajar sesapa.. aku cuma nak share... mudah2an kite sesama mendapat berkat..



~~ANIM~~
wish u were here...

Tuesday, February 2, 2010

Buku nota kecil...

Salam...

buku nota kecil yang aku nak maksudkan adalah buku baru yang aku beli... Langkah Bestari Isteri Mithali... aku ingin berubah.. Aku berdoa setiap hari, agar aku mampu berubah, untuk kebahagiaan suami ku.. so, start hari ni, jom kite ungkap satu persatu tips yang di beri dalam buku tu... sebenarnya bukan niat nak ngajar orang, tapi, untuk pemahaman diri sendiri... aku tak pandai utk mengajar orang...

TIP 1 : Mainkan setiap peranan isteri dengan seimbang iaitu sebagai isteri, kekasih, kawan, penyokong, perangsang, penasihat, pendengar,pendidik dan pendoa..

seboleh2nya aku ingin jadi semua di atas.. dan aku harus belajar menjadi semua itu, tak mudah, seorang isteri nak jadi kawan, kekasih, sebab ramai gak, bile dah lama kawan tak mau lagi menjadi kawan.. ye la kawan ni kan boleh cerita segala2, cerita itu ini, buat itu ini.. macam2.. kekasih pun dah ramai tak nak bila dah kawin.. pada aku, aku nak jadi kekasih suami sampai bile2, sebab aku nak dia layan aku cam masa kami bercinta dulu, dan aku pun still nak dia cam masa kami bercinta dulu, sentiasa ambil berat tentang apa jua yang di buat, awas, bukan mengongkong.. tidak sama sekali..

aku nak jadi penyokong dalam apa jua tindakan yang di buat, walau kekadang rasa macam kureng nak terima, tapi, aku kena belajar menerima seadanya... aku ingin jadi perangsang terbaik untuk hobi baru dia, asal dia bahagia, aku akan turut sama bahagia.. aku nak jadi penasihat, tapi, aku tak pandai memberi nasihat, kerana aku tak pandai, so, aku nak dia jadi penasihat aku leh tak?? hehe,.. aku akan cuba jadi pendengar yang baik, untuk setiap masalah yang di kongsi, untuk setiap pcerita yang dia sampaikan... andai aku mampu memberi pendapat yang baik, aku ingin juga menjadi pendidik yang baik buat suamiku, dan aku akan jadi pendoa yang terbaik buat suami.. aku akan doakan kesejahteraan dan kebahagiaan yang hakiki buat kawan baik, kekasih iaitu suamiku...

Tip 2 : Sentiasa taat kepada suami dalam semua hal yang dibenarkan oleh syarak. Tetapi isteri tidak perlu taat dalam hal yang melibatkan kemungkaran.

Alhamdulillah, suamiku tak pernah minta aku buat sesuatu yang melanggar hukum syarak, dan sekarang aku bukan lah isteri solehah sepenuhnya lagi, aku masih belum lagi.. hehe.. dan aku sedang cuba untuk berubah, menjadi isteri yang taat, mudah2an aku mampu menjadi seperti yang dikehendaki...

aku rasa 2 cukup kot untuk kali ni... tip2 ini adalah hasil tulisan Dr Fadzilah KAmsah. semoga kite sesama mendapat manfaatnya..


~~ANIM~~
wish u were here...