JaDi La PenGikutKu...

Wednesday, October 21, 2009

Ayam, daging dan kopiah...

Salam...

Title n3 ni dah terpikir 2 3 4 hari lepas... mesti pelik, apa sebenarnya yang nak di sampaikan, kan??

n3 ni bermain2 di kepala setiap kali pergi ke pasaraya.. NSK, Giant.. n etc...

cuba korang pegi kat bahagian ayam dan daging.. tengok pekerja2 kat situ.. dorang sume pakai kopiah.. kat bahagian udang, sotong dan ikan tak plak... nape ek?? apakah motif kopiah tu nak menunjukkan keHALALan produk yang di pasarkan... kenkononnya bile islam dan halal, dikaitkan ngan kopiah... betulke konsep tu?? musykil sikit...

katalah orang barat meniru.. di bahagian b*** di letakkan pekerja bangla, pakai kopiah.. cam mana tu ek??

aku cuma mengandaikan je.. tapi cube pikir2kan kenapa ye dorang pakai kopiah utk bahagian tu?? pasaraya bukan pasaraya islam pun... nape ek??

~~ANIM~~
wish u were here...

Monday, October 19, 2009

hangin sikit...

Salam..
Lama tak berblog.. bz.. dan no idea... asyik baca blog kenkawan, tu pun tak byk yang bekesempatan utk dikunjungi.. sory...

minggu lepas jumaat, aku ada la buat makan2 sikit, untuk kenkawan rapat yang dah jadi anak2 mak, tak ramai pun, ada la dalam 10 orang.. seronok gak, walau ada 2 3 orang yang tak dapat hadir... tak byk aku masak pun.. spageti dan utk memenuhi permintaan mereka2 yang tak makan spageti aku masakkan nasi dan lauk kari..

ada sikit hangin kat aku, dah ku pesan, jangan bising2 sebab aku tak buat besar2an, takmahu la kenkawan lain tahu.. rupa2nya, pagi ni ada gak yang sibuk bercerita, aku buat makan2, dah ada la plak, yang kecik ati, aku buat open house tak ajak dia pun.. adoi.. kalau nak penuhi, aku tak mampu, tak larat... sapa la yang sibuk cerita kat semua orang aku masak itu ini, dan panggil dia ke rumah aku.. kalau dapat nak je rasanya ku cili mulut tu..

tobat.. aku tak buat dah makan2 kecil cam tu, kalau buat aku panggil kenkawan sekolah ku je.. sebab kenkawan sekolah ku, tak pulak berkecil hati bile aku cakap, aku buat makan2 sikit, nak jemput kenkawan sekolah ramai... dorang very the understanding..

so, sory, buat kenkawan opis lama ku, bukan tak nak panggil, tapi fahamilah.. tahun lepas panggil tak pulak korang datang..


~~ANIM~~
wish u were here...

Wednesday, October 7, 2009

n3 lain.. tak de kena mengena ngan raye...

tak nak sambung n3 tu lagi la.. ada benda nak citer... pagi tadi masa on the way nak gi keje... aku dengar radio.. berita di radio.. so, sesampai di opis aku terus buka utusan online, nak cari berita yang kudengar... alangkah.. bestnyerrr.. kalau perkara tu juge di buat pada kakitangan awam...

Gaji pegawai ATM dipotong 10% dan dikreditkan terus ke akaun isteri, bagi memastikan keluarga terjamin...

bestnyeerrrrr... bukan nak memburukkan kaum suami, tapi, sekarang ni perkara penting di ambil mudah oleh suami2.. itu kan tuntutan agama... suami wajib bagi nafkah kat isteri... so, ramai sangat suami yang berkira ngan isteri walau seringgit, dengan alasan si isteri bekerja.. sampai sanggup lupakan tuntutan agama... aku akui ada suami yang baik, yang tahu tanggungjawab termasuk suamiku.. heheh... tapi buat mereka yang terabai, kan ke memang patut para majikan buat cam tu.. bukan banyak pun 10% je.... aku sangat bersetuju kalau para majikan menyambut baik apa yang dilakukan angkatan tentera ni, sekurang2nya, tanggung jawab suami memberi nafkah dah tertunai, tak perlu lagi menjawab di akhirat nanti kan???

kenkawan, apa pendapat u all.. buat isteri2 mithali di luar sana... redha pun ada tempatnya, tapi, sampai anak2 tak cukup makan pakai, haruskah ke kite terus redha???

amboi.....

~~ANIM~~
wish u were here...

mood hari raya...

salam..

cam best je tajuk n3... best la, aku yang buat.. hehe...

hari ahad lepas, persatuan penduduk sri astana a.k.a tempat tinggal aku, telah mengadakan jamuan hari raya aidilfitri... aku pun sibuk la bertungkus lumus, menolong apa yang patut bagi menjayakan program tu dari petang sabtu lagi... sampai la ke malam sabtu tu, esok paginya, ahad, hari kejadian.. aku turun lambat kerana di serang migrain.. dah 3 4 hari pun sebenarnya...

dah kul 2.30 baru aku turun... lepas memakan apa yang terhidang, aku pun mula bertugas.. pening2 lalat, buat la keje sikit, maybe, lepas kuar peluh masam ni aku sihat sikit... semua anak2 aku halau naik atas, lepas dorang dah kekenyangan...tragedi oktober.. ooops.. betul la oktober kan.. tgh sibuk2 kehulu kehilir menambah makanan yang berkurangan.. tepat kul 4 berapa minit tah.. sambil aku membawa nasi himpit utk di tambah.. melintasi penjamu2 selera yang sedang enak menikmati pelbagai juadah.. aku telah terpijak kulit limau sunkist yang dibuang oleh entah sapa la... dan terjadi la tragedi oktober itu.. aku jatuh tersungkur dan telah membuat kaki kiri ku terseliuh..aduhh!!! sebenarnya malu pun ada, jatuh depan orang... hua hua....

mc dua hari di beri oleh doktor untuk hari isnin dan selasa... berehat, kenkononnya...

nanti kite sambung n3 ni.. untuk citer rombongan selawat dan marhaban dari rumah ke rumah oleh kumpulan musliamat sri astana... nantikan kemunculannya petang ni.. aku nak kuar lunch jap ngan kawan aku..


~~ANIM~~
wish u were here...