Salam.. PAgi JUmaat...
pagi ni hujan, bermula dari petang semalam... hujan tak berhenti walau pun tak selebat pagi ni, tapi hujan sepanjang malam... Rahmat dari ALLAH.. menyejukkan bumi, membersihkan bumi... dan mudah2an rahmat ini untuk kebahagiaan kite semua makhluk ALLAH..
Syahdu la plak ek??... Turn to N3 title...
Impian..
semua orang punya impian... namun tak semua mampu capai impian.. impian @ angan (awas.. bukan angan2 mat jenin).. tapi sebenanrnya, salah seorang penceramah motivasi yang pernah saya dengar, angan2 mat jenin adalah yang terbaik.. sebab bermula ngan angan2 kite akan mencipta sesuatu untuk kemajuan.. mat jenin mati kerana di bunuh, kerana mereka yang membunuh takut pada angan2 mat jenin yang akan memaju bangsanya.. Aku?? impian ku.. tahun lepas, aku bermimpi, untuk menyambut ulangtahun ke 10 ku dengan mengambil gambar keluarga dan juga hubby dengan baju pengantin, maklum, gambar kawin dan baju pengantin 10 tahun lepas, tak memenuhi impian ku.. hehe...aku mula mengumpul, maklumla, gaji ciput, simpan pun sikit2 je la.. dah siap sms ngan sorang kawan aku yang punya butik pengantin bertanya harga.. sory la salina, aku tak jadi sewa baju kau.. tiba masa anniversaryku, spek mata hubby ku peerlu ditukar.. so, duit yang kukumpul terus bertukar jadi hadiah anniversary untuk suamiku.. yang penting mata abang terang.. dan senang nak memandu nak bawa ayang ke sana ke mari.. hehe...
Keinginan...
keinginan tu bukan cam impian ke?? hehe.. ngarut tul aku ni... aku ingin hidup bahagia, di cintai dan di sayangi juga dihargai sebagai seorang manusia.... amboi,, bahasa.. tak ingat punye... bahagia, kalau tak kerana suami aku nak jadikan aku isteri dia, sampai sekarang tak kawin lagi agaknya aku ni.. hehe.. dan, satu lagi, aku ingin sekali kurus cam dulu (pernah kurus ke aku??).. sebab sayang baju2 lama yang cantik2 tu... tersimpan je dalam almari..
Kehendak...
hajat.. apa yang di hajati.. awas.. bukan qada hajat.. hehe... kite sume pasti ada kehendak... yang perlu di penuhi.... tapi jgn terlalu mengikut kehendak hati.. binasa nanti..
keperluan...
apa yang kite nak, untuk hidup sempurna, bahagia dan tenang.. semua yang perlu.. perlu tahu, perlu bahagia. perlu segala yang memerlukan... apa yang aku repekkan ni??
dan akhir sekali....
KEIKHLASAN...
memang tak de perkataan ni kat n3 aku.. tapi.... macam mana kite nak mencari keikhlasan dalam hati kite untuk menerima sesuatu.. menerima sesuatu yang menamatkan riwayat impian, keinginan, kehendak dan keperluan kite??? macam mana nak dapatkan KEIKHLASAN itu??? cam mana nak ikhlas kan hati ini??????????
aku tau, dah banyak kali aku buat sebebnarnya... aku harus banyakkan mengaji Quran.. kerana dengan ayat2 Allah itu lah, selalunya menenangkan hati ku ini.... mudah2an tenang hati, mampu aku ikhlaskan hati demi kasih sayang yang hakiki.... biarpun impian ku akan jadi angan2 mat jenin.....................................
No comments:
Post a Comment