JaDi La PenGikutKu...

Tuesday, September 29, 2009

Citer Sedih

Salam semua..
masih dalam mood raya?? mood raya kena ada, keje tetap keje.. berziarahlah lepas keje...

byk nak citer pasal raya tahun ni, tapi dulukan citer sedih ni dulu... aku beraya di sg koyan, dan raya ke3 pepagi lagi aku bergegas pulang ke KL untuk beraya bersama mertua pulak... hari khamis, subuh2 alam lagi aku mendapat panggilan, kakak kepada ayah mertuaku a.k.a mak uda kami telah kembali kerahmatullah di Muar.. kami terus bersiap, pulang ke Muar, syukur, kami sempat melihat jenazah.. aku agak rapat juga dengan mak uda, walau sesekali berejumpa, maklum, aku menantu sulung ayah, sume menanti menantu sulung ayah... moga roh mak uda di tempatkan di kalangan mereka yang beriman..

perjalanan ke KL kami singgah di Meerlimau, menziarah kak Jue (kakakk iparku) yang berdua beranak je menyambut raya hari tu.. singgah sekejap, membuat hati kak Jue sayu.. danial, anak buahku pun merungut, sekejap je mama datang.. so, aku pun menabur janji, nanti mama datang lagi ye sayang..

hari jumaat pagi, kami mendapat sms dari adik ku.. ' kami terpaksa pulang semula ke JB, mak kena heart attack, dan sekarang mak tak stabil'.. berdetak sebak hatiku.. mak mertua adikku, juga agak rapat denganku,. dia seorang mak yang lembut dan baik, baik sesangat... sebenarnya adik ku baru sahaja sampai dari johor malamnya.. sudah janji Allah... aku sentiasa bersms ngan adikku, memberi kata semangat, aku tak call dia sebab dia kata dia tak mampu bercakap lagi... kesian adikku.. aku teringat abah, yang lumpuh, selama ni di jaga oleh mak... apa la akan jadi, kalau mak di jemput dahulu..

sepanjang hari aku sentiasa sms adik, bertanya perkembangan mak (mak mertua adik, yang aku panggil mak juga).. doktor kata harapan tipis, semua bahagian dalam tak berfungsi lagi.. aku sedekahkan yaasin buat mak, berdoa pada Allah, andai mak disembuhkan, sembuhkanlah dia, andai itu pengakhirannya, permudahkanlah dia... jam 6.30 ptg, kami mendapat sms.. Mak telah kembali ke rahmatullah... Innalillahhiwainnailaihiro
jiun... moga mak tenang di sana, di tempatkan dikalangan kekasih2 Allah... Alfatihah...


~~ANIM~~
wish u were here...

2 comments:

  1. sedap cite2 hanim...

    boleh tulis novel ni.
    takziah utk yg telah meninggalkan kita.

    RAAM
    KB, Klate.

    ReplyDelete
  2. alfatihah..semoga roh almarhumah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..setiap janji Allah itu pasti..tidak terlambat @ tercepat walau sesaat..

    ReplyDelete