Salam 27 Ramadhan...
Kite semakin hampir dangan lebaran, aidilfitri.. semua sibuk bermaafan, sebelum bercuti... dan yang ada kampung halaman, pastii sibuk bersiap nak balik kampung kan.. bestnyerrr.....
semuanya berasal dari kampung... Kl ni dulu pun kampung gak... so, orang yg asalnya di Kl ni asala kampung lah gak.. hehe, jgn mare ye semua orang2 KL..
aku ada kampung halaman.. tempat aku dibesarkan, setuju, aku tak dilahirkan di kampung tu, tapi sebaik habis pantang mak aku kembali ke kampung tu dan sedari kecil aku di sana, hinggalah tamat pengajian menengah ku... dan berbekal SPM pangkat 3 aku bergegas mencari keje di KL ni.. bandar yang cukup besar..
seronok di KL, ada seorang kawan sedari kecil, masa form 4 dapat keluar bersekolah di KL, terus lupakan aku, sampai sekarang tak mahu bertregur sapa ngan aku, maklum, dia bersekolah asrama, aku bersekolah kampung.. tapi teteap best gilerrr....
dari kerje kilang, aku kembali kekampung menjadi guru sekolah tadika islam, di depan rumah ku.. sambil tu, aku mencari kerja dalam suratkhabar.. dan rezeki itu telah dijanjikan Allah, aku mendapat kerja sebagai PEMBANTU PERPUSTAKAAN di UIAM...
di sinilah aku bertemu jodoh dengan suami tercinta, orang KL... yang dari kecil sehingga sekarang, KL lah kampung nya...
back to n3 title... Kampung aku, dulu ramai, tapi, semakin ramai orang tua yang di jemput Ilahi, dan anak2 pula ramai yang keluar kota mencari rezeki, sesekali balik, sunyi juga... tapi, ada gak kenkawan ku yang menetap di sana, sebagai generasi ke2, atau pelapis peneroka felda.. ye, aku dibesarkan di perkampungan FELDA SUNGAI KOYAN, Raub, Pahang....
setelah bapak pergi mengadap Ilahi, setahun kemudian aku berkahwin, disebabkan mak yang sakit tak siapa menjaaga, kami nekad, bawa mak berhijrah ke KL... dan dari situ, mak mula tinggal di KL.. sampai sekarang, menetap ngan aku di rumah kotak ku... ALHAMDULILLAH...
Kampung.. walaupun kite dah bahagia, dan berharta kat KL ni, tapi kampung ada value tersendiri.. dan kampung itu sering kurindu... ingin sesekali balik ke kampung berlama2 di sana, tapi, aku ada tanggungjawab dii sini... dan aku harus akur dengan ketentuan ALLAH... mungkin aku akan di sini hingga aku dijemput DIA... siapa tahu...
kampung... memang kampung aku tak la macam kampung2 lain, sebab bukan rumah sebuah2 jauh2 tu... kami kampung terancang, tapi, tetap kampung.. dari kecil tak tahu apa2.. sampai la aku tahu segala, cuma tak pandai dan tak dapat belajar tinggi je.. tapi aku tahu baca, ngira, dan aku tahu baik dan buruk sesuatu perkara...
aku pun rindu, raya ni aku akan balik kampungku... sg koyan.. tunggu kepulangan anak kampung ini.. walau seketika, aku tetap mahu menghidu udara mu..... aku rindu kan kampungku.... dan yang pasti, dah lama aku tak ziarah kubur bapak, walau aku sering sedekah ayat2 Allah utknye, tapi tak sama kan???...
~~ANIM~~
wish u were here...
No comments:
Post a Comment