JaDi La PenGikutKu...

Wednesday, October 7, 2009

mood hari raya...

salam..

cam best je tajuk n3... best la, aku yang buat.. hehe...

hari ahad lepas, persatuan penduduk sri astana a.k.a tempat tinggal aku, telah mengadakan jamuan hari raya aidilfitri... aku pun sibuk la bertungkus lumus, menolong apa yang patut bagi menjayakan program tu dari petang sabtu lagi... sampai la ke malam sabtu tu, esok paginya, ahad, hari kejadian.. aku turun lambat kerana di serang migrain.. dah 3 4 hari pun sebenarnya...

dah kul 2.30 baru aku turun... lepas memakan apa yang terhidang, aku pun mula bertugas.. pening2 lalat, buat la keje sikit, maybe, lepas kuar peluh masam ni aku sihat sikit... semua anak2 aku halau naik atas, lepas dorang dah kekenyangan...tragedi oktober.. ooops.. betul la oktober kan.. tgh sibuk2 kehulu kehilir menambah makanan yang berkurangan.. tepat kul 4 berapa minit tah.. sambil aku membawa nasi himpit utk di tambah.. melintasi penjamu2 selera yang sedang enak menikmati pelbagai juadah.. aku telah terpijak kulit limau sunkist yang dibuang oleh entah sapa la... dan terjadi la tragedi oktober itu.. aku jatuh tersungkur dan telah membuat kaki kiri ku terseliuh..aduhh!!! sebenarnya malu pun ada, jatuh depan orang... hua hua....

mc dua hari di beri oleh doktor untuk hari isnin dan selasa... berehat, kenkononnya...

nanti kite sambung n3 ni.. untuk citer rombongan selawat dan marhaban dari rumah ke rumah oleh kumpulan musliamat sri astana... nantikan kemunculannya petang ni.. aku nak kuar lunch jap ngan kawan aku..


~~ANIM~~
wish u were here...

No comments:

Post a Comment