Salam...
buku nota kecil yang aku nak maksudkan adalah buku baru yang aku beli... Langkah Bestari Isteri Mithali... aku ingin berubah.. Aku berdoa setiap hari, agar aku mampu berubah, untuk kebahagiaan suami ku.. so, start hari ni, jom kite ungkap satu persatu tips yang di beri dalam buku tu... sebenarnya bukan niat nak ngajar orang, tapi, untuk pemahaman diri sendiri... aku tak pandai utk mengajar orang...
TIP 1 : Mainkan setiap peranan isteri dengan seimbang iaitu sebagai isteri, kekasih, kawan, penyokong, perangsang, penasihat, pendengar,pendidik dan pendoa..
seboleh2nya aku ingin jadi semua di atas.. dan aku harus belajar menjadi semua itu, tak mudah, seorang isteri nak jadi kawan, kekasih, sebab ramai gak, bile dah lama kawan tak mau lagi menjadi kawan.. ye la kawan ni kan boleh cerita segala2, cerita itu ini, buat itu ini.. macam2.. kekasih pun dah ramai tak nak bila dah kawin.. pada aku, aku nak jadi kekasih suami sampai bile2, sebab aku nak dia layan aku cam masa kami bercinta dulu, dan aku pun still nak dia cam masa kami bercinta dulu, sentiasa ambil berat tentang apa jua yang di buat, awas, bukan mengongkong.. tidak sama sekali..
aku nak jadi penyokong dalam apa jua tindakan yang di buat, walau kekadang rasa macam kureng nak terima, tapi, aku kena belajar menerima seadanya... aku ingin jadi perangsang terbaik untuk hobi baru dia, asal dia bahagia, aku akan turut sama bahagia.. aku nak jadi penasihat, tapi, aku tak pandai memberi nasihat, kerana aku tak pandai, so, aku nak dia jadi penasihat aku leh tak?? hehe,.. aku akan cuba jadi pendengar yang baik, untuk setiap masalah yang di kongsi, untuk setiap pcerita yang dia sampaikan... andai aku mampu memberi pendapat yang baik, aku ingin juga menjadi pendidik yang baik buat suamiku, dan aku akan jadi pendoa yang terbaik buat suami.. aku akan doakan kesejahteraan dan kebahagiaan yang hakiki buat kawan baik, kekasih iaitu suamiku...
Tip 2 : Sentiasa taat kepada suami dalam semua hal yang dibenarkan oleh syarak. Tetapi isteri tidak perlu taat dalam hal yang melibatkan kemungkaran.
Alhamdulillah, suamiku tak pernah minta aku buat sesuatu yang melanggar hukum syarak, dan sekarang aku bukan lah isteri solehah sepenuhnya lagi, aku masih belum lagi.. hehe.. dan aku sedang cuba untuk berubah, menjadi isteri yang taat, mudah2an aku mampu menjadi seperti yang dikehendaki...
aku rasa 2 cukup kot untuk kali ni... tip2 ini adalah hasil tulisan Dr Fadzilah KAmsah. semoga kite sesama mendapat manfaatnya..
~~ANIM~~
wish u were here...
ingat buku 555 td..muahahaha
ReplyDeletetp good infola nim..
x sabar menanti 20 mac 2010