JaDi La PenGikutKu...

Friday, December 10, 2010

tribute to mak...

Assalam..

Tribute to mak…


Mak.. dapat je tahu mak mengandung kan aku, mak cukup bahagia, walau mak tahu mak akan lalui alahan yang teruk… sepanjang mengandung, mak akan muntah2.. tapi.. mak tetap gembira, terus buat persiapan untuk manyambut kelahiran aku… mak tetap jalan kan rutin harian, menjaga anak2 yang lain, mengemas rumah, memasak, dan pelbagai tugasan suri rumah selain terus bekerja di ladang sawit, sebab kite orang susah, mak perlu bantu bapak, mencari rezeki, demi menyuap nasi untuk membesar kan semua anak2 mak…


Mak… didikan mak cukup baik, walau mak garang, tapi, semuanya bersebab… mak ajar semua untuk kebaikan… dari mak, aku kenal alif ba ta.. aku pandai mengaji, walau tak tau taranum, tapi, aku bole baca dengan bertajwid.. aku tau jugak hukum2 yang asas.. aku bole mengaji, memang, masa nak mengaji adalah masa paling menakutkan, sebab kalau salah, mak mesti cubit perut… mak rotan… tapi, tiap2 hari tetap mengadap mak lepas maghrib.. tetap mengaji, dan akhirnya, aku khatam masa darjah 4 kalau tak silap, dan mak la yang ajar aku mengaji AlQuran..


Mak.. mak ajar kemas dapur.. mak berleter kalau pinggan pecah, memang la kalau ikut logic, dah sampai masa nak pecah, mak marah sebab aku tak hati2 masa buat kerja… betulkan??? Mak pukul kalau silap, sebab mak nak aku jadi orang yang baik dan bertanggungjawab… mak marah dan pukul kalau tak solat, itu tuntutan agama…


Mak… mak ajar kami cara hidup orang susah, sebab memang masa aku kecil, kita bukan orang senang… mak ajar aku bersederhana… makan sorang sikit… sebab mak tak nak aku jadi tamak, makan tak ingat orang lain… sikit sama sikit.. kalau ada lebih, sama banyak kita rasa.. mak ajar aku beringat tentang susah, supaya kalau aku besar nanti, aku sesat di rumah orang susah, aku beringat untuk sama rasa susah… aku suka cara tu.. dan mak, aku akan ajar semua tu pada anak2ku… aku cukup hargai pesanan dan ajaran mak itu…


Mak… aku dah besar, dan aku dah ada rumahtangga… aku tahu sebab kenapa mak berleter.. dan aku tak pernah rasa bosan dengan leteran mak.. berleter lah mak pada anak2ku.. harapan ku anak2ku jua jadi orang yang tahu nilai baik dan buruk seperti aku… aku tak cemerlang dalam pelajaran, tapi, ajaran mak buat aku tahu mana yang baik dan mana yang buruk… berleter lah mak.. leteran mak itu adalah penyeri kami, tanda mak masih sihat dan sayang pada aku dan semua ahli keluarga mak.. leteran mak buat aku tau aku silap, dan aku tak penuhi kesempuranaan ajaran mak…


Mak.. waktu aku sakit, tak sihat, mak juga lah yang mengatur makan minum ku.. mak jugalah yang menjaga aku siang dan malam.. walau aku dah ada suami, mak tetap risau bila aku tak sihat.. mak tetap ambil tahu aku dah makan ubat ke belum, walau sebenarnya, aku dah besar panjang, tapi itulah mak…


Mak… walau berjuta duit ku beri, tak kan terbalas jasa mak.. walau berpuluh tahun aku menjaga mak, tak sama dengan mak menjaga aku dari dalam kandungan mak lagi… cuma aku mohon, agar mak senang dan bahagia dangan cara aku menjaga mak… tak sama dan takkan pernah sama dengan cara mak, tak kan pernah sesempurna mak menjaga aku… dan aku tahu, mak bukan lah nak duit, mak cuma nak di hormati, dihargai sebagai seorang MAK.. pengorbanan yang tiada tolok bandingnya.. benar kata orang beragama, syurga anak pada ibu, syurga isteri pada suami, tapi, wajarkah aku sebagai anak terus lupakan mak bila aku dah bersuami… terus lupakan setiap pengorbanan mak bila aku dah ada suami…


Mak, aku pernah kecilkan hati mak.. aku manusia biasa mak… tapi, aku tak mahu lagi mak kecil hati… aku akan jaga sebaik2nya, agar mak tak terasa ngan aku lagi.. mak… aku sentiasa risau dan susah hati, bila mak kata mak pening kepala, mak sakit kepala, mak tak lalu makan, mak tak bole tidur malam.. cukup merisaukan aku.. aku cuma nak mak tenang dan sihat.. aku tak mampu jaga mak sesempurna mak menjaga aku, tapi, aku akan buat yang terbaik agar mak bahagia dan sihat selalu… terima kasih untuk setiap pengorbanan mak yang tak akan dapat aku balas selama2nya… terima kasih untuk setiap perhatian mak pada aku dan kesemua adik beradik ku… mak… aku sayang mak sampai akhirat… terima kasih mak…





~~ANIM~~wish u were here...

3 comments:

  1. Salam Anim,

    Salam Kenal dari Auntie, tersedih pulak baca pasal tribute untuk mak tu. Memang benar, mak tak dapat ditukar ganti.
    Auntie tertarik dengan gambar wajah tiga beranak tu...manis-manis semuanya. :-)

    ReplyDelete
  2. mak adalah insan terbaik dlm hidup kita, sma macam bapak kita :) tp masih ade org yg sanggup buang mak/bapak sebab anggap mereka beban bila dah tua..semoga kita tak tergolong dlm insan2 yg sebegitu..aminnnn

    ReplyDelete
  3. auntie yan.. terima kasih.. anim berharap anim terus bole jaga mak...

    yang.. harap kite tak jadi begitu..

    ReplyDelete