Assalam..
Sebulan lepas aku ke kursus aqil Baligh…. Huhuhu.. memula kenkawan dengar, sume terkejut, aku gi kursus tu, biar betul… walaupun kite dah dewasa, dan dah aqil baligh tapi, tetap ada ilmu yang kite tak tahu utk menghadapi anak2 yang akan baligh… byk yang aku belajar.. terutama masa LDK utk ibu2… byk kami bincang dari hati ke hati.. pengalaman setiap ibu2 lain, dalam membesarkan anak dalam dunia tanpa sempadan sekarang ni…
Oooppsss.. lupa lak, yang anjurkan kursus tu, adalah Khalifah Institute… aku pergi menemankan satu2nya puteri aku… yang ketika ini di awal alam remaja… melihat juga ragam anak2 di awal remaja ini, ada yang telah tahu perkara yang jauh dari akal mereka sepatutnya…
Ada sesuatu yang buat aku tersentuh sangat… organ wanita yang cukup membanggakan seorang wanita, peranakan atau ‘rahim’.. salah seorang speaker, adalah seorang ustazah.. ada menyebut, kenapa ia di namakan ‘rahim’… ‘Rahim’, nama Allah yang bermaksud penyayang, rahim adalah tempat persenyawaan yang mulus hasil kasih sayang dua insan, kerana sifat sayang itu, benih di tempatkan di situ, dan kerana kasih sayang seorang ibu, menjaga benih, dan membesarkan ia penuh dengan kasih sayang… semuanya kasih sayang bermula di ‘rahim’ ibu…
Hatiku mula tersentuh, 3 nyawa pernah berada dalam ‘rahim’ ku ini… aku mula tertanya2.. apakah salah aku yang terlalu naïf tentang ilmu agama ini yang membuat aku di uji dengan sesuatu yang agak berat.. aku di sahkan ada slip disc, dan kebanyakan doctor yang aku jumpa tak membenarkan aku untuk mengandung lagi, dan menyarankan aku makan pil perancang.. kata mereka yang bijak pandai tentang kesihatan, sekiranya aku mengandung ia akan membuatkan aku bertambah sakit… aku akur… dan lebih sebulan yang lepas, aku di sahkan ada fibroid yang agak besar…
Aku tertanya… apakah ini yang Allah beri atas kesilapan aku, ambil ubat untuk membunuh benih kasih sayang yang sepatutnya duduk di tempat nya, ‘rahim’… sepatutnya tinggal diam di situ adalah sesuatu tanda kasih sayang.. tapi, kerana aku membunuh setiap benih2 itu, aku di beri sesuatu yang menyakitkan sebagai ganti… apakah salah?? Ya Allah, aku pohon petunjuk dari MU… bantulah hambaMu ini…
~~ANIM~~wish u were here...
hanim..sakit itu ujian utk menyucikan dosa kita..beruntunglah Allah beri kita ujian..tandanya Allah sayangkan kita dan mahu menghapuskan dosa kita...daripada org yg langsung tidak sakit..maka kuranglah dia ingat pada penciptaNya kan..semoga hanim cepat sembuh dan tabah menghadapi ujian Allah..amin...
ReplyDelete