JaDi La PenGikutKu...

Wednesday, February 13, 2013

Moga tenang di sana...

Salam...

Lama aku tak menulis, apatah lagi menjenguk blog ini...

rentetan satu peristiwa, yang buat aku tak mampu menulis..

21 okt 2012... mama kembali lemah, dan kami menghantar mama ke hospital.. esoknya, pagi lagi, adik abang call, doktor panggil kami semua adik beradik ke hospital.. debaran dah pun bermula.. bile dengar kabar itu... "nothing can do, but you can't bring she back to home, let her slowly cure or anything happen in front of us.. it's already on stage 4"....

laju air mata aku menuruni pipi... petang 24 Okt, aku cakap ngan hubby, kite cutikan anak2 dari ngaji, kite bawa juga anak2 tgk maktoknya, walau apapun jadi, dan sampainya aku di hospital, dada mama berombak terlalu kuat.. bunyi nafas nya jugak macam tak mahu bertolak ansur... aku bacakan surah yassin, ajak kakak ira dan abang zahir bacakan yassin, dan mohon doa dari Allah, andai pergi itu terbaik buat mama... aku akan redha untuk masa yang telah Allah pinjamkan mama pada kami...

pagi 25 okt.. terlalu pagi sebenarnya masa abang kejutkan aku.. rasanya baru 2jam lebih aku tido.. abang tepuk perlahan pipi aku, mengejutkan aku dari lena... jam 1.30 pagi... dan abang bisikkan.. "ayang... mama dah tak ada"... aku rasa macam mimpi.. bagai luruh jantung... aku bertegas tak mahu tinggal, aku pack baju anak2, kejut anak2 walau mereka baru tidur.. aku tak mahu mereka terlepas sikit pun waktu2 terakhir untuk berbakti buat maktok mereka...

sampai di hospital, Alhamdulillah.. urusan mengeluarkan mama tidak lama... kami bawa mama pulang ke surau flat ampang mewah, hati aku yang luluh, ku kuatkan tanpa henti membaca yassin... ku ajak kak ira dan abang zahir sama2 sedekah buat mama... aku cuma terlelap sekejap, sebelum subuh... dan selepas subuh, berpusu2 jiran dan keluarga datang berziarah...

bila sampai masa menguruskan, mereka bertanya siapa anak yang akan menguruskan, semua mengharapkan aku, Alhamdulillah.. aku lah yang sama memandikan, membersihkan mama, menyiapkan kain kapan... dan saat aku harus mengapankan mama... aku rasa aku tak mampu menampung lagi airmata yang tak mahu putus2.. saat, aku harus membalut satu persatu bahagian tubuh mama... air mata ini terus laju... sehingga selesai sorang demi seorang waris memberi ciuman terakhir buat mama.. aku jugak di beri kepercayaan untuk menutup wajah mama dan mengikat tali terakhir di kepala mama... pilu hati ini... Ya Allah, berilah kekuatan padaku... Ya Allah.. tempatkan mama di kalangan kekasih Mu... saat itu lah aku rasa aku sudah terkulai layu, tiada lagi kekuatan dalam diri, terutama saat mereka mengangkat jenazah mama untuk di solat dan di bawa ke tanah perkuburan... ku gagahkan kaki untuk ke perkebumian mama...

mama.. semadilah dengan tenang di sana... mama yang cukup baik, sporting dan memahami aku sebagai menantu sulung... aku sayang mama... sampai bila2... mamalah insan paling gembira bila aku katakan yang aku kini mengandung anak ke 4... mamalah yang tidak sabar, setiap kali aku pulang menzirah mama yang sakit, mama akan usap perut aku, mama selalu tanya, pasal sakit aku.. apa yang aku rasa nak makan... walau mama sebenarnya tak berapa berdaya untuk memasak sangat... mama, moga mama tenang dan aman di sana, menemui pencipta... Ya Allah... tempatkan lah mama kami di kalangan kekasih2Mu...


a.k.a ~~ kita tidak akan menghargai sesuatu sehinggalah kita kehilangannya... (selalunya begitulah lumrah manusia, mudah2an kita tidak begitu, hargailah selagi ada di depan mata...)   


~~ANIM~~ wish u were here...

3 comments:

  1. takziah akak.semoga arwah ditempatkan bersama orang2 yang soleh dan solehah.amin

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum ayang...al-fatihah...:)

    ReplyDelete