Salam...
hari ni hari penyampaian anugerah cemerlang untuk sekolah anak2 aku.. Alhamdulillah, for the second time zahir dapat lagi naik ke pentas, tahun lepas, subjek terbaik bahasa melayu penulisan, tahun ni matematik... doa aku, zahir dapat terus meningkatkan kecemerlangan diri... buat Ira.. aku sentiasa berdoa agar dapat meningkat kemajuan pelajaran dia..
sampai ke sekolah tadi, aku dah nampak zahir tengah berbaris untuk masuk ke dewan, ada sikit air mata bertakung di bibir mata ni.. sebak, bila dia cemerlang.. walau dia tak dapat tempat pertama hingga ke tiga, tapi, dia dapat juga berbaris sesama pelajar cemerlang yang lain... menitis gak air mata aku bile namanya di panggil untuk naik ke pentas.. Alhamdulillah... Ira sayang.. jadikan adik sebagai idola, belajar lebih untuk sama2 naik ke pentas anugersah nanti...
petang tadi ada monthly talk kat dept aku... hari ni kite invite orang luar untuk bagi talk... en. abd jalil ali - penasihat editorial karangkraf.. buku2 motivasi rumahtangganya cukup popular, like - asam garam kopi gula, teh tarik, dan kopi o kurang gula... buku2 tu ditulis berdasarkan pengalaman rumahtangganya sendiri...
katanya, cemburu tu penting, bukan untuk mengongkong... tapi, sekadar tanda prihatin dan sayang, tapi jangan berlebihan.. saling percaya, memahami pasangan... lagi, jgn cintai pasangan kerana fizikalnya, sebab itulah yang akan jadi punca bosan terhadap pasangan.. terima keadaan dan kekurangan pasangan seadanya, jgn bertengkar dan tak bertegur lebih dari 24 jam...
byk gak tips yang di beri, tapi, lebih pada si suami... tak berapa nak ingat, kena cek buku nota balik la... hehe.. tu la kan, melayu mudah lupa..
so, next time kite citer lagi....
salam...
~~ANIM~~wish u were here...
As salam
ReplyDeleteAyang anim sy nak tau lbh lanjut tentang SRAI sg chinchin sbb sy nk msukan anak ke SRAI ,blh email sy di akisakim@gmail.com
As salam
ReplyDeleteAyang anim sy nak tau lbh lanjut tentang SRAI sg chinchin sbb sy nk msukan anak ke SRAI ,blh email sy di akisakim@gmail.com