Assalam...
Semalam ada terbaca satu artikel yang di share oleh kenkawan kat Fb.. pasal.. Assalam dan Salam...
sebelum ni aku ucapkan salam sebagai permulaan... tapi dalam artikel tu salam ni bermaksud, selamat tinggal, so, maknanya selama ni aku ucap selamat tinggal pada permulaan setiap bicara... hehehe.. betapa jahilnya kite kan???
so, ada la gak di bagi makna2 lain.. ye la kite ni kalau sms kan suka sangat guna shortform2 sangat.. so, makna2 'assalamualaikum' yang kite pepandai pendekkan tu bermacam2 makna la plak... susah nak di ceritakan... dan ada di beri alternatif.. nak pendekkan 'assalamualaikum' better gunakan 'assalam' yang membawa maksud sama ngan 'assalamualaikum' gaks...
so, sesama la kite mengambil iktibar dari setiap sesuatu yang kite dapati... sesama la kite menge'share'kan setiap ilmu yang kite dapat dari kenkawan yang sentiasa share the new knowledge... ye la kite ni bukan orang Arab tapi, pepasndai nak guna bahasa Arab kan??/ hehe belajar dari kesilapan....
so, ada apa yang perlu di tambah, tambah la ye.. aku ni budak baru belajar....
Salam.....
~~ANIM~~wish u were here...
laaa ye ker..pasni kita guna assalam eh..tq for the info ;)
ReplyDeleteMengapa sampai melarang menggunakan perkataan SALAM?
ReplyDeletePerkataan SALAM atau AS SALAM tiada salahnya, malah merupakan salah satu Asmaul Husna. Saya tidak tahu siapa penulis asal artikel ini, yang sangat mengelirukan, kerana ramai yang telah copy & paste dan menyebarkannya. Yang pasti ia bukan bersumber dari Ustaz Zawawi, hanya kata-kata beliau digunakan dalam artikel ini.
Terjemahan ayatnya pun tidak lengkap...terus saja dimaksudkan SALAM itu sebagai SELAMAT TINGGAL...lalu diajak semua orang agar JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM".
Terjemahan ayat yang lengkap seperti berikut: (Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggallah! ' Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)! " (Az-Zukhruf 43:89)
Salam maksudnya selamat, dalam terjemahan ayat ini, "salam" bermaksud ucapan selamat tinggal, namun ia tetap sebagai doa keselamatan bagi mereka, agar di suatu masa mereka yang engkar itu akan sedar. Ini dikategorikan oleh ulama tafsir sebagai salam al-Musalamah/al-Mutarakah; iaitu bermaksud selamat tinggal. Sementara salam bagi orang-orang mukmin disebut sebagai salam at-Tahiyyah; iaitu bermaksud mendoakan keselamatan dan keamanan.
Mana boleh kita mengajak orang ramai agar jangan guna kalimah salam, sedangkan salam merupakan salah satu asmaul husna, dan banyak ayat-ayat yang menggunakan perkataan salam untuk mengucap takzim kepada para Nabi. Malah perkataan SALAM itu dari Allah SWT.
Salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (Yaa Siin 36:58)
“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi SALAM apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.” [Riwayat Al-Tabrani]
Adakah SALAM di sini bermaksud "SELAMAT TINGGAL"?
p/s: Untuk mendapat ayat-ayat yang menggunakan perkataan SALAM, sila layari www.surah.my, cari ayat guna keyword SALAM, tidak kurang 20 ayat terdapat perkataan SALAM.
Dan orang melayu memang suka dan cepat melatah.