JaDi La PenGikutKu...

Thursday, December 22, 2011

Tribute to Nik Noor Syifa.....

Salam...

Hari ni result PMR keluar... bagi mereka yang ada anak2 ambik result mesti berdebar2.. aku?? anak aku baru nak masuk darjah 6... tapi, aku ada sorang anak buah yang ambik result hari ni.. so, aku pun berdebar gaks... huhuhu.. bole kan??? Nik Noor Syifaa... atau kami panggil Kak Chik, anak ke 3 pada kakak ke 3 aku yang menetap di Kelantan... dan dah petang baru la dapat mesej yang berbunyi... result kak chik... tak ada B, tak ada C, Tak ada D, tak ada E.. semua subjek yang diambil 9.. dan dan tu jugak air mata aku mengalir.. SYUKUR ALHMADULILLAH!!!....

to kak chik...

Tahniah!!.. berkat usaha dan kesabaran kak chik, Allah beri kejayaan permulaan buat kak chik.. jgn terlalu bangga dengan kejayaan itu sayang.. kekadang itu adalah ujian dari Allah... teruskan cara kak chik yang rendah diri dan nakal begitu..

saat kak chik buat keputusan utk masuk tahfiz sains selepas upsr... mami rasa bangga dan berbunga riang, dan yang paling gembira tentulah abah dan ibu dan tak lupa tokpah yang sangat bersyukur, kerana ada juga keluarga kite yang mula belajar tahfiz.. Alhamdulillah... kami doa kak chik bakal jadi hafizah yang baik...

kak chik..
teruskan usaha, pesanan sayang mami dan pasti pesanan dari semua, ini adalah permulaan kak chik mengorak langkah utk terus berjaya.. dan ingatlah sayang.. kami semua terus akan doakan kak chik dan semua keluarga kita... jangan lupa insan yang banyak berjasa membesar dan mendidik kita dari kita kecil.. sesungguhnya, kalau kita tak lupa mereka, senangkan hati mereka, ada balasan ganjaran dari Allah, dan yang pasti, semua itu datang dari Allah, kalau kita ingat Allah, Allah takkan pernah lupa untuk terus beri bahagia pada kita...

kak chik dan semua anak2 mami... moga kejayaan milik kita semua, dan bukan sekadar kejayaan di dunia yang kita dambakan, kejayaan di akhirat kelak yang lebih2 lagi kita rindukan...

gambar kak chik sayup di belakang abah, kak chik yanng kecik pun...





note : hish, tak abih2 airmata ni nak mengalir.. sebak sungguh hati ini... Ya Allah, kau berilah kejayaan buat kami, dunia dan akhirat.... Aminnn....



~~ANIM~~wish u were here...

No comments:

Post a Comment