JaDi La PenGikutKu...

Sunday, June 17, 2012

moga ketemu hikmah NYA...

Salam...

hari ni sempat aku membuka blog.. semalam.. mood hilang, terbang melayang entah ke mana.. walau hubby offer guna laptop, aku buat tak tau je...

status fb pun, orang tertanya2.. my beloved ustazah pun, terus sms aku... sukar untuk aku luahkan...

semalam.. 16 jun 2012.. aku sepatutnya dah pun bergelar siswi di Universiti Malaya....

kite manusia yang hanya mampu merancang... namun Allah lah sebaik2 perancang dan penentu setiap yang terjadi.... aku belum di beri peluang untuk sambung pelajaran...

aku dah pun dapat tawaran untuk buat diploma eksekutif in human resources management selama 13 bulan di UM City Campus.....

saat aku mendapat surat tawaran, aku menelefon bahagian pentadbiran untuk bertanya tentang pinjaman yang di sediakan untuk kakitangan sokongan menyambung pelajaran.. dukacita, belum lagi memohon, mereka memberitahu, permohonan di bekukan sementara...

apakah makna semua ini?? aku cuba kuatkan hati.. kenkawan suruh memohon epf aku, tapi, aku tak cukup duit dalam epf sebab aku dah keluarkan untuk rumah yang aku beli ni...

aku cuba lagi berbincang mencari jalan.. nak cuba buat pinjaman, tapi, payslip aku dah tak laku di mana2 bank, sebab aku dah buat pinjaman untuk siapkan rumah mak di kampung...

akhirnya aku akui, memang bukan rezeki aku untuk sambung pengajian di peringkat diploma, aku tak mampu untuk bayar yuran bulanan.... itulah yang buat aku terlalu sedih... dan keputusan tu aku terpaksa buat ketika aku menyambut ulangtahun kelahiran aku... itukah hadiah terbesar untuk ulangtahun aku...

hati aku sedih.. sedih yang teramat... sendu, jauh di sudut hati.. aku cuma mampu bermohon pada ALlah, agar aku di beri kekuatan untuk menerima ujian ini dengan redha... perlu masa untuk tenang dan redha... senyum tawa aku untuk menutup setiap kesedihan hati ini.. walau ada rakan yang sedar perubahan aku... apa yang mampu aku luahkan...

akhirnya, disini lah tempat untuk aku menyatakan.. agar kawan2 aku memahami perubahan itu...

antara hikmah yang aku nampak, andai aku ke kelas, kelas pertama aku sahaja, aku sudah menghadapi masalah, kerana, suami ku akan ke singapore untuk mengikuti program pejabatnya, tak ada sesiapa yang akan menjaga anak2ku... dan seterusnya, kelas2 aku akan mengganggu hobi dan program2 suami ku yang sering berouting dengan kawan dslrnya ke sana sini,.. sedang aku telahpun berjanji dengan diri, yang aku tak akan mengganggu dan menjadi penghalang untuk setiap kehendak suami aku... serentak aku membuat keputusan untuk tidak sambung belajar, aku nampak suamiku telahpun bersetuju dengan satu event dslrnya pada tarikh yang sepatutnya kelas aku... moga suami aku lebih cemerlang dan bahagia....

Ya Allah.. berilah kekuatan untuk aku lupakan segala kesedihan ini.. aku tahu, setiap yang kau tetapkan punya hikmah yang tersembunyi.. namun, sebagai manusia, hati aku tetap terlintas rasa kesal, kenapa apa sahaja yang aku inginkan, yang aku impikan tidak pernah aku dapat, walau kekadang impian ku telah berada dalam genggaman, pasti ada sesuatu yang terjadi yang membuat aku terlepas semua itu.. Ya Allah, ampunilah hambaMU yang naif ini.....



a.k.a ~~ apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka.....


~~ANIM~~ wish u were here...

7 comments:

  1. Pahat kuat kuat dalam hati

    Allah beri apa yg kita perlu bukan apa yg kita hendak.. Insyaallah ada rezeki lain yang menanti nanti

    ReplyDelete
  2. Begitu kisahnya...sedih juga baca..apapun, semoga hikmah disebaliknyer lbh menggembirakan anim..be positive k... :)

    ReplyDelete
  3. Begitu kisahnya...sedih juga baca..apapun, semoga hikmah disebaliknyer lbh menggembirakan anim..be positive k... :)

    ReplyDelete
  4. sabar ye kak..insyaallah ada rezeki x kemana..sy faham apa yg kak rasa sebab sy dulu pun trpaksa tolak tawaran diploma pendidikan kt UPSI atas sebab2 tertentu..mmg sedih sgt2..kalau kenang balik mmg sedih..tp apa nk buat..ada sebab yg mghalang..semoga apa yg trjadi ada hikmahnya..aminnn

    ReplyDelete