JaDi La PenGikutKu...

Thursday, February 9, 2012

Agama dan budaya....

Salam...

semalam seksa rasa time keluar pepagi nak ke tpt keje ngan antar anak2 ke sekolah... keluar cam biasa, kul 7, tapi... aduhhh.... jem giler... semua kerana thipussam...

yang peliknya sebelum2 ni mereka cuma tutup jalan pada hari perayaan tersebut sahaja... tapi tahun ni, seminggu la pulak.. bermula dari hari sabtu lepas sampai la semalam... aduh...

dalam pada jem teruk tu hati memang ingat nak menyumpah macam2, tapi, aku teringat status fb ustaz aku... Ustaz ABdullah Bukhari...


~~ Musim Thaipusam yang mencecah seminggu adalah DUGAAN YG AMAT BESAR bagi orang yang tinggal di Selayang macam kami. Memang panas hati dibuatnya kerana traffic jam....namun apa kan daya! Ia adalah toleransi agama yang perlu diterima semua..

Pernah dalam 3 tahun lepas, kami tersangkut dalam Jam hampir sejam untuk hantar anak2 ke sekolah. Perjalanan biasa cuma 20 minit. Mujtaba yang ketika itu baru darjah 3 mula merungut: Apalah orang India ni! Menyusahkan orang sahaja..kita tak suka orang India! Ehh! X boleh cakap macam itu!

وَلا تَسُبُّوا الَّذينَ يَدعونَ مِن دونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدوًا بِغَيرِ عِلمٍ ۗ كَذٰلِكَ زَيَّنّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُم ثُمَّ إِلىٰ رَبِّهِم مَرجِعُهُم فَيُنَبِّئُهُم بِما كانوا يَعمَلونَ

Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Dia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan (al-An'am[6:108]).
~~

gitulah gaya ayat2 ustaz aku... so, aku tak jadi nak kata apa2.. diam je, diam di hati dan di mulut... istighfar banyak.... huhuhu...

dan tak semena2 pagi tu anak2 semua sampai sekolah kul 7.40... sian dorang, mujur la cikgu2 faham.. terima kasih buat cikgu2...

pagi ni, bila aku keluar awal, dah tak ada lagi jalan yang di tutup, tapi, kotornya kawasan yang mereka tinggalkan... sepanjang jalan... so, aku terus beristighfar, dan ingatkan pesan ustaz aku pada hubby dan anak2....

moga kite tidak menyusahkan orang lain untuk perayaan kite...



a.k.a ~~ 'dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti)apa yang akan diusahakannya esok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengtahui di bumi manakah dia akan mati.' (Luqman : 34)


~~ANIM~~wish u were here...

7 comments:

  1. toleransi agama mmg perlu kak.tpi ayu yg duduk kat sg tua ni..
    mintak maaflah
    bukan boleh toleransi lagi..
    sebulan sekali mmg dema raye..
    cerdik yg tak boleh diikut...
    ape purpose buat flyover besar atas tu cume untuk khas tuk mereka?!
    tingat citer the gates sbb area batu caves tu ala2 the gates jugak.
    *some indian friend dari johor pun ade kate,in certain way.thaipusam yg kat batu caves tu not more relevant to their ritual .

    ReplyDelete
  2. akak duduk kat taman selayang tu... memang gitu la hakikatnya... tapi... itu suruhan Allah... bak kata ustaz akak, lebih baik kite diam dan mohon pada Allah, agar di beri akal yang baik pada mereka memikirkan logik apa yang mereka buat... moga ALlah berkati usaha kite.. Amin ya rabb....

    ReplyDelete
  3. HMmm .. HH ada ke Penang ... saja bawa adik ipar jalan2 .. sempat gak snap beberapa gambar sempena Thaipusam. Betul, dari kita sumpah seranah baik kita istifar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Bro... itu kepercayaan mereka.. hubby saya gi ambik gambar kat bt caves ni je ngan kenkawan photographer dia...

      Delete
  4. assalamualaikum ...yer la jgn dicerca budaya org lainkan tu sebab kita semua ada adab dan budaya kita yg tersendirikan hormatilah budaya org lain juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. agama mana pun melarang umatnya berbuat jahat...

      Delete
  5. Salam ziarah dan ukhuwwah ilmu dari WADi,
    menjemput anda untuk menimba dan menyebarkan ilmu di WADi, moga bermanfaat hendakanya memandangkan tertera perkataan "seorang yang dahagakan ilmu" di profile :)

    setuju dengan kenyataan di atas, larangan tersebut adalah mahsyur sekali demi maslahah dan mengelak mafsadah ummah...


    وَلَا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ ۗ كَذَٰلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمْ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّهِم مَّرْجِعُهُمْ فَيُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ


    jemput ke blog ana, insyaAllah


    Hadith Maudhu' 02: Tuntut Ilmu Dari Buaian Hingga Ke Liang Lahad

    ReplyDelete