JaDi La PenGikutKu...

Saturday, February 4, 2012

Cuti Panjang....



Salam...



semua sibuk cuti yang panjang minggu ni... untuk yang stay di beberapa negeri, cuti 4 hari di gunakan sebaik mungkin...



aku.. anak2 dah tanya, yang sikecil dari awal lagi dah bertanya... kite tak gi mana2 ke mama?? aku cakap, kite jalan2 dalam KL sudah la.. lagipun rumah ku area batu caves, memang jammed dan agak susah nak keluar dari kawasan.... apa pun aku rasa ini peluang untuk aku mengmas dan memasak yang spesel sikit untuk anak2 dan beloved hubby kot... heheh.. kalau tak berubah perancangan yang nak stay di rumah je kot...


tapi aku teringat gak, dah lama aku tak jenguk kakak ku yang jauh di shah alam tu.. eleh jauh la sangat kununnya... dan si kecil syafi pun dah sebut, lama kite tak jumpa mama aida... hmm tgk la keadaan....



macam2 orang akan buat masa cuti panjang ni, ramai yang ambil peluang balik ke kampung... adik aku, pagi tadi dah pun berangkat balik ke kampung suami nya di johor... abang aku, pun baru je berangkat selepas sarapan di rumah aku tadi, balik ke kampung isteri di taiping perak, dan yang frustnya, dia culik mak aku sekali bawa balik kampung isteri nya.. hish... sabor je la...


aku, nak balik kampung, mak pun ta de, nak balik kg beloved hubby, dekat je, kalau tak jammed 20 minit dah sampai, kalau jammed teruk, kekadang sejam gak la nak sampai AMPANG tu.. huhuhu.... tapi, jap lagi mesti my beloved mother in law tepon, soklan pertama bile aku jawab tepon tu - tak balik ke ari ni?? bile nak balik?? huhuhu.....



so, 4 hari bercuti ni, mungkin 2 hari aku akan jugak berkampung di rumah mertua ku... hehe... lumrah, lagi pun, zahirah adalah cucu sulung dalam keluarga mertua, memang mereka amat nanti2kan kami... hik hik..



apa pun... cuti panjang ni manfaatkan lah sebaik mungkin... luangkan masa sebiaknya bersama keluarga, kalau yang ada kenduri tu, penuhi lah undangan, bergaul sesama kenalan, eratkan silaturrahim....


gambar kat atas tu adalah, hasil cucuk tanam mak di kampung, cuti raya China hari tu, kami dah merasa hasil tangan mak tu... Alhamdulillah...







a.k.a ~ Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan..Mengetahui perkara yg betul tidak memadai dan bermakna... Jika tidak melakukan perkara yg betul...



~~ANIM~~wish u were here...

No comments:

Post a Comment