JaDi La PenGikutKu...

Tuesday, February 7, 2012

Kasih buat mak...

Salam...

Hari ni, hari ulangtahun kelahiran mak.. yang ke 66... mak kat kampung, semalam baru balik dari taiping... tapi, best mak nak gak balik sini kejap hari ni, so, aku pun terus bersiap, masak, makanan yang mak suka makan...

tak ada special mana pun, aku cuma masak nasi tumis, dan ayam masak merah... mak suka masakan tu.. aku ingat nak buat kerabu timun, tapi, dek kerana susah nak keluar, kerana kesesakan di bt caves ni, aku cuma buat ulam timun sahaja... jadi lah....

dah ptang dekat kul 6 baru mak sampai... dalam 6.30, terus aku hidang makan malam sempena meraikan ulang tahun mak.... nak balik, bajet kurang, mak pulak yang balik sini... tapi, pun sebab nak hantar kak ema balik... hehehe...

tak ada apa yang dapat aku bagi pada mak, selain kasih sayang yang teramat kurang berbanding kasih sayang mak pada anak2.... namun, aku tetap nak bagi, biarlah... aku tetap nak curahkan kasih itu buat mak....

doa aku siang dan malam... agar mak terus sihat untuk buat ibadah.. di berkati dan di rahmati Allah selalu... andai aku belajar betul2 dulu... mesti aku dapat bagi hadiah yang mahal2 buat mak kan?? tapi, tu la ngada2 masa sekolah dulu, padan muka, spm takat hidung je, sikit lagi memang lingkup la.... huhuhu...

apa pun, aku akan buat hati mak senang dan bahagi selagi aku terdaya....

mak... anim sayang mak sampai sampai akhirat.....

aku tak leh tulis byk2 pasal mak, sebab akan buat aku meleleh air mata tak henti2.. ni aku copy da

KATA-KATA YANG MEMBUAT RAMAI SEBAK
» Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
» Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
» Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang....
» Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai
.» Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”
.» Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”

Tetapi
» Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
» Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
» Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
» Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
» Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga

Jadi, ingatlah pengorbanan ibu bapa kita, cintailah mereka lebih dari kita sendiri, kerana tanpa mereka, siapalah kita ♥ri fb...




a.k.a ~ Usia bukanlah bilangan waktu.. tapi, bilangan kesedaran....



~~ANIM~~wish u were here...

2 comments:

  1. menitis air mata, sedih la kak.......

    ReplyDelete
  2. betul dear,
    bila bercakap pasal mak, sapa2 pun boleh menitik airmata..beruntung kita masih punya mak dibandingkan dengan orang lain..sementara nyawa masih bersisa, marilah kita sama2 berbakti buat insan yg banyak berkorban harta & nyawa hanya untuk melihat kita bahagia..

    rindu kat makcik :)

    aku fairuz

    ReplyDelete