JaDi La PenGikutKu...

Monday, November 21, 2011

Mana sifat malu insan??

Salam

lately ni, banyak betul cerita2 yang memalukan agama dan kaum... aku pulak yang jadi malu2 alah.. maklum ler, aku ni pemalu, huhuhu...

entry ni aku dok terpikir dari jumaat hari tu lagi... cuma tak sempat nak menaip..

citernya, waktu jumaat... zohor masuk awal, so, lepas je azan, aku terus solat, dan suh anak dara aku tu solat terus... dan seperti biasa, seperti hari2 jumaat yang lepas, aku akan kuar lunch selepas jumaat, kerana menunggu beloved hubby dan zahir selesai solat.. dan aku akan keluar dari opis, bile mereka mula solat jumaat, sebab nak booked tempat kat cafe...

so, cukup masa dan ketika, aku pun turun dari opis, untuk menuju ke cafe, bersama anak dara ku... tup tup, aku selisih ngan orang lelaki, yang pastinya islam, bukan orang malaysia, dengan selamba je berjalan berlenggang kangkung sebelah aku, sebelah masjid pulak tu, tanpa ada sekelumit pun rasa segan tak pergi solat jumaat,... adussss.......

jalan ke depan lagi, ada lagi.. dengan selamba, yang tak ada rasa segan pada aku atau pun pada budak2.. dan anak dara aku tanpa segan silu bertanya, 'ma, dorang tak gi solat jumaat ke?'... fuh... tak ada pun macam nak sorok muka ke, nak tertunduk, tersipu malu ke, sikit pun tak... Allahuakbar....

dah terang lagi bersuluh, ini adalah institusi pengajian tinggi yang berteraskan islam, dan aku pasti mereka mengaku diri sebagai muslim... mana pegi sifat malu seorang insan muslim?? aduhhh... aku mohon, anak2 aku tidak akan hilang sifat malu itu sampai bila2.. dan aku tahu, ramai lagi di luar sana, yang bole pegi dating ngan aweks time2 jumaat, di pasaraya2 besar sekitar kuala lumpur ni... aku pernah tersermpak, dan yang buat sepatutnya dia lebih malu, dia tu siap pakai baju melayu siap ngan sampin bagai.. kacak dan hensem... dan... yang aweks2 dorang tu pun tak rasa apa ke, pakwe2 dorang yang kononnya mengaku islam, tak pergi bersolat jumaat??? kalau uzur, mestilah berada di rumah... astahgfirullah....

Ya Allah, aku mohon padaMU, biarlah kekalkan sifat malu pada diri aku, keluarga aku, suami dan anak2ku tentang solat ini, tentang aqidah ini, biarlah mereka terus malu, bile tidak bersolat dan bile mereka tidak kekal dalam aqidah islam, mereka akan malu dan terus malu.. Ya ALlah, aku mohon pada Mu... Amin YA Rabbal Alamin...


~~ANIM~~wish u were here...

1 comment:

  1. selalu sgt nampak situasi mcm ni..lelaki2 ni nama jer islam..tak malu pi kuar makan waktu org tengah semayang jumaat.

    kadang2 mcm nak gi sound dorang tu..

    ReplyDelete