JaDi La PenGikutKu...

Wednesday, November 16, 2011

Peranan vs Hak....

Salam...

hari ni ada rasa sedih, rasa pedih... seorang demi seorang kenkawan meluah rasa hati terbuku...

nape ye?? ramai sangat lelaki sekarang ni, suami terutamanya, suka ambil mudah, bile isteri bekerja, terus lupakan tanggungjawab beri nafkah atau kewangan... sume isteri tanggung... dah keje, tanggung la semua sekali...

bukan aku nak memburukkan kaum lelaki, dan bukan aku kata semua, cuma dalam sebulan ni, dah 3 orang kawan rapat aku yang mengadu, itu lah yang terjadi... dua dari nya dah berpisah... dah selesai kes di mahkamah, yang satu ni masih bersabar, masih berharap, mendung berlalu tanpa hujan turun di tgh hari....

memang sedih... pengorbanan isteri tak pernah di hargai... aku selalu berbincang dengan kawan2.. kebanyakkan isteri cuma mahu dihargai sebagai seorang isteri, betul, tak semua perempuan macam yang aku cakap... tapi, apa yg aku jumpa, dan apa yang aku bincang, isteri cuma mahu bimbingan dan dihargai sebagai perempuan..

kalau lelaki juga ingin di belai, di manja, isteri juga sama... lumrah manusia, ingin di hargai... aku pernah dengar satu ceramah, jgn tanya tentang hak, tapi, jalankan peranan pasti kite akan dapat hak sepenuhnya.. so, kalau masing2 tak jalan kan peranan, jgn lah sibuk nak menyebut tentang hak...

cuma yang buat aku terkilan, dari 3 orang kawan yang dilanda masalah ini.. cerita nya hampir sama... suami tak pernah hargai apa yang di buat selama ni, dan ambil kesempatan sebab isteri bekerja... tak hargai setiap pengorbanan dan tolak ansur isteri...

wahai suami di luar sana... bukan harta dan rupa yang jadi ukuran, cukuplah penghargaan dan perhatian di sulam dengan pengertian dari seorang suami sudah terlalu mencukupi buat seorang isteri yang mahukan redha suamidan redha ALLAH....

aku pohon, kawan2ku ini di beri kekuatan dalam menghadapi hidup yang penuh liku dan penuh dengan sandiwara.... moga kalian akan bahagia kelak, di dunia mahupun di akhirat....

~~ANIM~~wish u were here...

No comments:

Post a Comment